Tular di media sosial seorang pempengaruh berasal dari luar negara menggunakan lagu Bea Sobar Bea nyanyian Eda Ezrin sambil melakukan sedikit gerak tari.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, pempengaruh yang dikenali Kumamonjeng telah memuat naik satu video memaparkan dia sedang melawat di Jepun.
Lagu Bea Sobar Bea Di Jepun
@kumamonjeng #lyrics #song #songlyrics #kelatetiktok @asey thank you bea
Pada video itu, Kumamonjeng yang memakai baju hitam mengerakkan mulutnya mengikut lirik lagu yang tidak kurang viralnya di dalam kalangan netizen Malaysia.
Artikel lain: Mendunia! Graduan Luar Negara Rakam Momen Konvokesyen Guna Lagu UiTM Di Hatiku
Selain itu, Kumamonjeng juga menunjukkan suasana di sekitar Jepun yang memaparkan penduduk di negara itu memakai pakaian tradisional mereka yang dikenali sebagai yukata.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya dari Malaysia menyuarakan rasa terkejut kerana lagu tersebut telah menjadi tular sehingga ke luar negara.
Saya sangat terkejut
Dah sampai Jepun, terhiburnya!
Siapa ajar ni
Pilihan lagu yang baik
Dalam pada itu, ramai juga warganet yang meninggalkan komen berseloroh dan berkata mereka telah jauh tersesat dan mahu balik ke Malaysia semula.
Eh jauhnya pergi
Jauh sangat skroll ni, Klate mendonia!
Tiket balik Malaysia berapa?
Sekadar info, Kumamonjeng merupakan pempengaruh yang melancong ke banyak negara dan berkongsi pengalamannya di media sosial.
Selain menggunakan lagu Bea Sobar Bea, pempengaruh ini juga menggunakan menggunakan lagu lain seperti Saling Percaya nyanyian Iwan ft Ramlah Ram dan lagu Kelantan lain.
Tidak cukup dengan itu, Kumamonjeng juga menggunakan lagu-lagu dari negara lain seperti China, Vietnam dan Indonesia dalam videonya.
Sebelum ini, lagu UiTM Di Hatiku juga tular baru-baru ini selepas graduan luar negara menggunakannya semasa majlis konvokesyen mereka.
Sumber: TikTok Kumamonjeng