Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO memberi jaminan akan beri sokongan penuh terhadap Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Memetik laporan Bernama, tidak kira siapa calon dan parti komponennya, jika mereka yang dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan, BN akan menggerakkan jenteranya untuk memberikan sokongan.
Foto: The Star
Pengerus BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata , buat masa sekarang Kerajaan Perpaduan belum memperincikan mengenai calon yang sesuai untuk bertanding di DUN berkenaan.
Artikel lain: 116 Rukun Tetangga Bantu Noktahkan Kemiskinan Di Peringkat Komuniti – Aaron
“Kita mendapati bahawa formula kita gunakan adalah mana-mana parti politik dalam gabungan Kerajaan Perpaduan yang berada dalam kedudukan kedua (dalam keputusan Pilihan Raya Negeri pada Ogos tahun lepas), maka parti itulah akan menjadi calon. Kita akan perincikan tentang soal calon itu.
“Namun BN khususnya Umno akan menggerakkan jentera di (PRK DUN) Sungai Bakap, biar siapapun calon yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Foto: Harian Metro
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis penandatanganan memorandum persefahaman, memorandum perjanjian serta surat niat, masing-masing antara SKS Coach Builders Sdn Bhd (SKS) dan CRRC Corporation, MARA Liner dan SKS serta MARA Corp dan China Electrical Equipment Group.
Sekadar info, kerusi DUN Sungai Bakap kosong selepas penyandangnya, Nor Zamri Latiff meninggal dunia kerana mengalami keradangan dalam perut pada 24 Mei lalu.
Pada PRN Pulau Pinang Ogos lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
Sumber: Bernama