Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

116 Rukun Tetangga Bantu Noktahkan Kemiskinan Di Peringkat Komuniti – Aaron

Inisiatif pemerkasaan Rukun Tetangga (RT) sebagai Penggerak Komuniti Progresif, Jelajah Belia Rukun Negara dan Inisiatif Harmoni MADANI adalah antara usaha pengukuhan perpaduan termasuk aspek perancangan dan pelaksanaan program-program di peringkat negeri.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, peranan RT sebagai penggerak, pengantara penting dan penjalin hubung (bridge builder) dalam masyarakat memerlukan lonjakan transformasi melalui landskap pembangunan yang dipacu oleh komuniti (community-driven development).

“Justeru, antara inisiatif Kementerian bagi mencapai matlamat ini adalah dengan memperkasakan peranan RT sebagai penggerak komuniti progresif.
“Sekurang-kurangnya 116 buah RT dari seluruh negara telah dikenalpasti sebagai Model RT Progresif yang bertujuan membantu menoktahkan kemiskinan secara berfasa di peringkat komuniti di mana terdapat sebanyak 19 RT di Sabah, 12 RT di Kelantan, 12 RT di Perak dan selebihnya di negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Mesyuarat YB Menteri Perpaduan Negara Bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Sarawak serta EXCO-EXCO Perpaduan Negeri (MExUnity) yang pertama bagi tahun 2024 di Johor Bahru, hari ini.

Dalam pada itu, Jelajah Belia Rukun Negara akan menggiatkan lagi usaha serta pendekatan pengukuhan penghayatan pengamalan Ideologi Rukun Negara yang dizahirkan dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelajah Belia Rukun Negara dijadualkan pelaksanaan bermula Julai hingga Disember 2024 di seluruh negara dan akan dilaksanakan sebanyak enam (6) zon iaitu Zon Tengah, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur, Zon Borneo: Sarawak dan Zon Borneo: Sabah.

“Matlamat utama jelajah ini adalah untuk membentuk kemenjadian belia yang menjiwai Rukun Negara secara holistik demi mencapai masyarakat progresif di samping mengiktiraf peserta sebagai Duta Rukun Negara.
“Manakala inisiatif Harmoni MADANI adalah bertujuan menyebarluaskan prinsip asas integrasi nasional iaitu Faham, Hormat dan Terima khususnya terhadap perkara-perkara yang melibatkan isu-isu berkaitan hubungan antara penganut pelbagai agama. Usaha-usaha yang dibincangkan ini bermatlamat ke arah pencapaian pembudayaan masyarakat MADANI yang menjadi aspirasi Kerajaan,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, Aaron turut memohon jasa baik agar semua negeri mempunyai program signature perpaduan sendiri yang akan disokong penuh oleh Kementerian Perpaduan Negara.

Beliau mengharapkan agar semua barisan EXCO terus menyokong pelaksanaan program-program perpaduan bagi memperkukuh penyatupaduan masyarakat pelbagai kaum selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan masa kini.

Malah, beliau turut menekankan bahawa adalah penting untuk meningkatkan komitmen dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk kepentingan rakyat dan negara Malaysia agar perpaduan nasional tetap menjadi agenda utama dalam sanubari setiap rakyat negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sepasang suami isteri meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan zuriat yang diberi nama Sharifah Amanda Raudhah selepas 19 tahun berkahwin. Menerusi hantaran yang dimuat naik...

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Lokal

“Kena korek tabung vaksin jawabnya…”, demikian kata pendakwah bebas, Mohd Rasyiq Mohd Alwi, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berkaitan diperintahkan membayar RM2.5...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Erny Nuryassmien berkongsi pengalaman cemas apabila menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pemuda ketika berada di sebuah pasar raya Mydin di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd