Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiada Kompromi Terhadap Pihak Cetuskan Polemik Perkauman – Menteri Perpaduan

Kerajaan tidak akan berkompromi kepada mana-mana pihak yang mencetuskan polemik perkauman dan menyentuh sensitiviti agama sehingga menganggu gugat keharmonian serta perpaduan rakyat.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, orang ramai seharusnya sentiasa menghormati dan mendukung Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai ramuan perpaduan negara.

Polemik perkauman?

Polemik perkauman?

Foto: FB Aaron Ago Dagang

“Rukun Negara adalah prinsip asas yang sepatutnya menjadi panduan bagi pembinaan serta pemeliharaan keharmonian di Malaysia.
“Cita-cita dan prinsip-prinsip tersebut perlu dihayati dan dipatuhi oleh setiap lapisan masyarakat untuk mencapai kesejahteraan bersama dan membangunkan negara yang harmoni,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aaron berkata, beliau berharap agar semua pihak dapat menyebarluas prinsip asas integrasi nasional iaitu faham, hormat dan terima yang merupakan prinsip asas dalam memupuk keharmonian dan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kementerian bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia sedang meneliti dan akan mengangkat cadangan PIAGAM HARMONI yang mampu menjadi panduan untuk membina negara yang aman dan harmoni seterusnya menatijahkan kemakmuran seperti dihasratkan dalam konsep Malaysia MADANI,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan kepada semua pihak agar berhati-hati dalam menyatakan sebarang kenyataan atau tindakan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

Artikel lain: Menteri Perpaduan Mohon Henti Salah Tafsir Maksud Frasa Liberal Dalam Rukun Negara

Polemik perkauman?

Foto: FB Aaron Ago Dagang

Ini kerana tindakan seperti itu boleh disabitkan atas kesalahan di bawah undang-undang yang berkenaan seperti Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya turut menyokong penuh titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang melakukan kesalahan supaya ia menjadi pengajaran kepada orang lain.
“Marilah kita bersama-sama mewujudkan masyarakat yang aman, harmoni, dan bertoleransi di negara ini,” katanya.

Sebelum ini, kecoh mengenai isu stoking yang tertera kalimah Allah yang dijual di sebuah kedai serbaneka sekali gus mencetuskan kemarahan pelbagai pihak termasuk pelbagai pihak.

+ posts

Avatar
Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pekerja bengkel maut selepas tayar jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh tiba-tiba...

Spotlight

Selepas sah bercerai pada Jumaat lalu, heboh di media sosial berikutan kandungan keputusan cerai Ria Ricis dan Teuku Ryan sekali gus memaparkan punca perpisahan...

Lokal

Hanya kerana mematahkan pemadam rakan dan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli yang baru, seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun sanggup menjadi pemuas...

Nasional

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah memberi peluang kepada golongan belia untuk berkongsi pendapat dengan merasmikan Luncheon Talk bersama Steven Sim. Menerusi satu kenyataan media,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd