Sejumlah umat Islam di Yogyakarta sudah mula solat Tarawih dan berpuasa semalam susulan tularnya video mereka menunaikan ibadah tersebut di sebuah masjid dikenali sebagai Masjid Aolia daerah Panggang, Yogyakarta.
@sekilas_gunungkidul Sholat Tarawih pertama di Gunungkidul nih… Jama’ah Masjid Aolia di Kecamatan Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta menggelar Sholat Tarawih malam ini. Perayaan 1 Ramadhan Jama’ah Masjid Aolia ini akan dimulai pada Hari Kamis 7 Maret 2024. Sholat Tarawih sendiri dilaksanakan dengan 23 raka’at lengkap dengan Sholat Witir. Daerahmu kapan menjalankannya wirrr… #sekilas_gunungkidul #sekilasgunungkidul #gunungkidul #GUNUNGKIDUL #panggang #ramadhan #ramadhan2024 #sholattarawih #tarawih
Solat Tarawih & Witir masih sama, 23 rakaat
Memetik laporan dari detik.com, Imam masjid berkenaan iaitu KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau dikenali sebagai Mbah Benu memaklumkan solat Tarawih yang dilakukannya bersama jemaah yang lain adalah sama sahaja dengan yang lain.
“Semua sama dengan saya, saya imamnya. Masing-masing ada imam. Wakilnya saya,”
“Solat Tarawih dengan saya dan witir sebanyak 23 rakaat. Sebaiknya saling hormat menghormati. Sebab ini masalah keyakinan,” katanya.
Artikel lain: Solat Tarawih ‘Kilat’, 20 Rakaat Beserta Witir Selesai Dalam Masa 7 Minit
Difahamkan para jemaah menunaikan ibadah sunat di bulan Ramadan itu di masjid yang terletak kira-kira 20 meter dari rumah Mbah Benu.
Dalam pada itu, Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama Gunungkidul, Sa’ban Nuroni memaklumkan yang pihak mereka akan terus memudahkan jemaah Masjid Aolia untuk mengerjakan ibadah walaupun terdapat perbezaan pendapat disitu.
Mereka juga memohon agar orang ramai menghargai dan menghormati apa yang dilakukan oleh jemaah Aolia memandangkan terdapat perbezaan pendapat disitu.
Sumber: detik.com, TikTok sekilas_gunungkidul