Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menawarkan pembelajaran mengenai sejarah tanah Melayu dan perlembagaan Malaysia kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming susulan kontroversi permohonan pengiktirafan dunia terhadap perkampungan masyarakat Cina.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Akmal di laman Instagramnya yang memberitahu parti Umno tidak mempunyai keperluan untuk mengadakan perjumpaan bersama Nga Kor Ming.
Pemuda UMNO
Artikel lain: Kenderaan Menteri Ekori Ambulans Mod Kecemasan, Nga Kor Ming Sedia Beri Kerjasama
“Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi. Tiada keperluan untuk cadangan ini dan fullstop (noktah).
“Jika nak jumpa (juga) boleh, tetapi kami nak ajar YB menteri (Nga) mengenai sejarah Tanah Melayu dan Perlembagaan Malaysia sekali.
“Jika YB setuju, mari cari satu tarikh yang sesuai,” katanya.
Akmal berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nga mengenai isu pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) terhadap Kampung Baru Cina di Selangor.
Sebelum ini, Nga memberi cadangan supaya pertempatan tersebut mendapat perakuan Tapak Warisan Dunia oleh Unesco. Bagaimanapun, usul itu mendapat tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan terbabit.
Bahkan, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Umno tidak pernah membincangkan cadangan yang dikemukan oleh Nga.
Sumber: Instagram @Akmal Saleh