Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Korek Mata Lelaki Sehingga Buta, Warga Myanmar Mengaku Bersalah

Seorang lelaki warga Myanmar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah (korek mata) terhadap seorang lelaki sehingga mengalami cacat kekal dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh Murtabis, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Mohamad Azrul Muhd Sobri.

Warga Myanmar korek mata lelaki sehingga buta

warga myanmar Korek Mata

Foto: Sinar Harian

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menyebabkan kecederaan parah ke atas M Gunalan, 52, di tepi jalan Flat Rethina, Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor jam 2 petang pada 16 November lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertuduh didakwa Sekysen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, di Mahkamah sama, tertuduh turut mengaku bersalah atas pertuduhan tidak memiliki apa-apa pas yang sah mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kampung Simpang Tiga Tasek Gelugor kira-kira jam 3 petang pada hari yang sama.

Bagi kesalahan itu, Murtabis didakwa mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya dan tidak lebih enam sebatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Airina Syazreen Zainurin, manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.

Sementara itu, mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi kedua-dua pertuduhan kerana dia bukan warganegara dan kes akan disebut semula 13 Disember depan untuk kehadiran jurubahasa Myanmar.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki direman selama empat hari selepas bertindak mengorek keluar bebola mata kiri seorang lelaki dalam pergaduhan di tepi jalan berdekatan sebuah flat di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor.

Foto: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu dikatakan berlaku akibat perasaan tidak berpuas hati suspek terhadap mangsa yang didakwa menganggunya dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata kejadian itu menyebabkan mata mangsa tidak dapat diselamatkan dan mengalami kecacatan kekal apabila bebola matanya tidak dapat disambung semula.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Iskandar Othman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd