Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Arif Aiman Terima Pengiktirafan AFC, Berpotensi ‘Terbang’ Lebih Tinggi

Bintang muda bola sepak negara, Arif Aiman Hanapi mempamerkan aksi memukau ketika aksi terakhir Kumpulan E menentang Korea Selatan baru-baru ini berjaya memikat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bersama tiga lagi pemain lain.

Arif Aiman pemain masa depan

Arif Aiman yang juga pemain lincah Johor Darul Ta’zim (JDT) dipilih sebagai pemain masa depan paling menyerlah dalam perlawanan ketiga Piala Asia 2023 oleh AFC di Qatar.

Memetik laporan Harian Metro, selain Arif, tiga lagi tonggak terdiri daripada pemain Korea Selatan yang beraksi bersama Paris Saint Germain (PSG), Lee Kang-in; pemain Iraq, Ali Jasim dan pemain Palestin, Zeid Qunbar.

“Pemilihan Arif Aiman dianggap tepat di mana sumbangannya ketika membantu Malaysia mengikat pasukan gergasi, Korea Selatan dengan 3-3 cukup menakjubkan,”petik Harian Metro.

Arif Aiman AFC

Artikel lain: FIFA Jangka Arif Aiman ‘Mendunia’ Pada Piala Asia 2023 Di Qatar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gerakan solo pemain berusia 22 tahun dari tengah padang berjaya mencuri perhatian dengan mengatasi lima pemain lawan, khususnya pemain Wolves di Liga Perdana Inggeris (EPL), Hwang Hee-chan yang gagal menghalang pemain negara itu.

Terus bersinar, ‘terbang’ lebih tinggi

Arif juga berjaya membuka ‘akaun jaringan’ pertamanya di pentas Piala Asia ini apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti sekali gus berpeluang menambah gol pada edisi 2027, sekiranya pasukan negara mampu layak di Arab Saudi nanti.

Ejen terkenal tanah air, Effendi Jagan Abdullah berkata, dia berkata masa depan Arif Aiman akan terus bersinar dan potensi bakatnya akan terus digilap oleh JDT pada masa mendatang.

“Dia memang ada potensi untuk pergi jauh dan ‘terbang’ lebih tinggi sebagai seorang pemain bola sepak.
“Saya harap dia akan terus meningkat dan jurulatihnya di kelab akan dapat menyerlahkan lagi kemampuan Arif Aiman untuk tampil lebih berbisa.
“Sudah tentu pentas Piala Asia ini akan beri suntikan motivasi untuk dia terus berjaya dan menempa lebih banyak kejayaan sama ada dengan kelab mahupun pasukan negara,” kata Effendi.

Arif Aiman AFC

Untuk rekod, pemain kelahiran Pahang itu sudah meledak 36 gol bersama JDT dalam semua kejohanan sejak 2020, dan tujuh gol bersama skuad Harimau Malaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Arif dijangka akan terus menjadi taruhan JDT dalam saingan Liga Malaysia serta Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada musim baharu ini yang akan memulakan kempen Mei ini.

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd