Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

FIFA Jangka Arif Aiman ‘Mendunia’ Pada Piala Asia 2023 Di Qatar

Nama pemain bola sepak terkenal, Arif Aiman terus menjadi perbualan ramai apabila dia dikatakan antara prospek untuk ‘mendunia‘ pada Piala Asia 2023.

Menurut laporan Berita Harian, jangkaan tersebut dibuat oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang menyenaraikan Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) dua tahun berturut-turut itu sebagai salah seorang daripada lima pemain yang bakal menjadi tumpuan pada saingan penuh prestij Asia di Qatar, awal tahun depan.

Ujar FIFA, bintang muda negara membawa watak penting untuk pasukan Harimau Malaya yang menunjukkan pencapaian menakjubkan termasuklah pada aksi pertama Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, bulan lalu.

Arif Aiman mendunia Piala Asia 2023

Artikel lain: Arif Aiman Duduki Tempat Kelima Dalam Carta Top Scorer Liga Juara-Juara AFC

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mereka bangkit daripada ketinggalan 1-3 ketika perlawanan berbaki 20 minit dan berjaya meraih kemenangan 4-3 ke atas Kyrgyzstan. Arif Aiman menjadi watak penting di sebalik kejayaan itu dengan menyumbang tiga bantuan gol.
“Pemain berusia 21 tahun itu memperaga aksi cemerlang bersama JDT dengan lapan gol dan 13 bantuan gol dalam 23 perlawanan musim ini.
“Dia mula dikenali apabila menjaringkan gol pada aksi persahabatan menentang Borussia Dortmund dan kini menjadi antara prospek terbaik Malaysia,” kata badan induk bola sepak antarabangsa itu.

Bukan itu sahaja, FIFA turut memuji kepimpinan jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon yang berjaya menjadikan pasukan Harimau Malaya antara terkuat di rantau Asia Tenggara.

“Malaysia kini muncul sebagai antara kuasa baharu di rantau Asia Tenggara. Harimau Malaya hanya memenangi tiga daripada 10 aksi terakhir mereka sebelum kehadiran jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon.
“Mereka juga memulakan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 dengan langkah kanan apabila memenangi kedua-dua aksi Kumpulan D,” kata FIFA.

Selain Arif Aiman, empat lagi pemain yang turut disenaraikan FIFA adalah Junya Ito dari Jepun, Stade de Reims dan Cho Gue-sung (Korea Selatan), Harry Souttar dari Australia dan Harib Abdalla dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sumber: Berita Harian (Syafiq Aznan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd