Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Galakkan Pelancongan Domestik, Rangsang Pemulihan Ekonomi – Penggiat Industri

Rakyat Malaysia perlu digalakkan melancong di dalam negara kerana ia bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi juga sebagai usaha rangsang pemulihan ekonomi negara selain  dapat mempromosikan tempat pelancongan kepada warga tempatan.

Presiden Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA) (Chapter  Perak)  Law Weng Sum berkata pihaknya sendiri giat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak untuk merangka rancangan Tahun Melawat Perak 2024 sebagai satu daripada usaha mempromosikan pelancongan domestik.

Rangsang pemulihan ekonomi

Artikel lain: DOSM Jangka Ekonomi Malaysia Tumbuh Perlahan Dalam Tempoh Terdekat

“Selain tempat pelancongan, pengisian program kami termasuk jejak makanan di seluruh negeri. Kami juga mencadangkan untuk menubuhkan kumpulan pelancongan yang memberi tumpuan khusus kepada mencari pelbagai jenis makanan yang ditawarkan di negara ini.
“Selain mempromosikan kedai makan tempatan, inisiatif ini juga dapat menarik pelancong dari negara Asia seperti China, Taiwan dan Hong Kong yang kebanyakannya penggemar makanan dan mempunyai cita rasa tinggi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam pada itu, Law turut meminta kerajaan agar menetapkan harga siling sementara bagi tiket penerbangan domestik untuk mengelakkan ia melambung tinggi semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Aidilfitri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebaliknya, kerajaan boleh memberi sebahagian subsidi pada harga tiket dan orang ramai tidak perlu membayar dengan harga yang mahal, sekali gus menggalakkan mereka untuk melancong di dalam negeri yang seterusnya memberi kelebihan kepada ekonomi,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF)  Dr Sri Ganesh Michiel berkata kerajaan perlu mempertimbangkan untuk mempromosikan hotel bajet tempatan sebagai sebahagian daripada pakej pelancongan kadar rendah untuk rakyat tempatan, manakala pakej mewah termasuk hotel empat atau lima bintang kepada pelancong antarabangsa.

Sri Ganesh yang juga Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) berkata mengambil contoh Thailand, sektor pelancongan di negara itu berkembang pesat dan antara sebabnya ialah promosi besar-besaran oleh kerajaan terhadap hotel bajet yang menawarkan reka bentuk dan kemudahan hampir sama seperti hotel lima bintang, cuma jauh lebih murah.

“Individu hanya perlu membayar purata kurang 3,020 baht satu malam (bersamaan dengan kira-kira RM400), amat rendah daripada kadar hotel lima bintang yang mampu mencecah ribuan (ringgit) semalam.
“Dalam konteks Malaysia, mungkin pelbagai agensi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dapat membantu dari segi mempromosikan pakej pelancongan kadar rendah yang memainkan peranan sama penting bagi memastikan kelangsungan sektor pelancongan domestik,” katanya.

Sri Ganesh berkata Malaysia juga perlu menangani ancaman sedia ada terhadap industri hotel bajet termasuk penginapan berkonsepkan sewaan jangka pendek seperti Airbnb dan agensi pelancongan dalam talian (OTA), sebagai contoh Agoda dan Traveloka.

Beliau berkata platform sedemikian tidak dikawal kerana ketiadaan undang-undang berkaitan, menyebabkan ia terdedah kepada penyenaraian hartanah tanpa berlesen oleh pihak ketiga untuk dilihat orang ramai, yang akan memberi kesan negatif kepada industri pelancongan secara keseluruhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mereka boleh menjual premis haram, boleh buat apa sahaja (tanpa mengetahui batasan undang-undang). Sebagai contoh, mereka menjual apartmen yang dilesenkan untuk penginapan sewaan yang sebenarnya isu serius tetapi tidak diketahui kerana orang yang melihat senarai itu dalam OTA akan berpuas hati dengan melihat tawaran harga rendah tanpa memikirkan risiko yang timbul disebabkan ketiadaan undang-undang,” katanya.

Sebarang undang-undang yang digubal berkaitan isu itu katanya, harus meliputi tiga aspek iaitu kadar komisen ditawarkan oleh OTA masing-masing, larangan penyenaraian apartmen tanpa lesen dan wakil oleh orang tempatan yang bertanggungjawab bagi sesebuah negara seperti peguam bertujuan mengendalikan aspek undang-undang.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Pemimpin kanan Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin mempersoal kanyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kunjungan 165 kadet Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di...

Sosial

Seorang pembantu rumah Indonesia melahirkan anak secara tiba-tiba di kediaman majikannya sehingga mengejutkan keluarga tersebut baru-baru ini. Foto: Facebook Menurut laporan New Straits Times,...

Sukan

Skuad futsal Malaysia ditewaskan 0-6 oleh Indonesia yang berada di kedudukan ke-28 dunia pada aksi persahabatan yang berlangsung di Gor Among Rogo, Yogyakarta, semalam....

Lokal

Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu negara, yang didakwa dijadikan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd