Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sektor Agrikomoditi Dijangka Sumbang RM80 Bilion KDNK, Nilai Eksport RM155 bilion

Sektor agrikomoditi negara dijangka menyumbang sebanyak RM80 bilion (sekitar lima peratus) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Malah, sektor berkenaan juga mencapai nilai eksport sebanyak RM155 bilion (11 peratus) daripada keseluruhan pendapatan eksport Negara.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pencapaian membanggakan itu diraih walaupun negara berdepan dengan cabaran global seperti laporan World Economic Outlook oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Artikel lain: HAKN 2023 Dilancarkan Bagi Iktiraf Individu Terlibat Sektor Agrikomoditi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertumbuhan global diunjurkan berkembang sebanyak tiga peratus pada tahun 2023 dan 2.9 peratus pada tahun 2024 berikutan pemulihan global pasca pandemik yang perlahan, ketegangan geopolitik yang berpanjangan dan kenaikan kadar faedah oleh beberapa negara dalam mengurus inflasi.

Selain itu, pertumbuhan KDNK dalam kalangan ekonomi maju dijangka akan menyederhana pada kadar 1.5 peratus pada tahun dan 1.4 peratus pada tahun ini berikutan aktiviti pembuatan yang perlahan walaupun sektor perkhidmatan mengukuh.

“Perdagangan dunia dijangka terus menyederhana kepada 0.9% pada tahun 2023 dan 3.5% pada tahun 2024 menggambarkan permintaan global yang lebih rendah dan peralihan ke arah perkhidmatan domestik,”ujarnya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perladangan dan Komoditi, hari ini.

Tambah beliau, pihaknya turut mengambil maklum mengenai cabaran di peringkat domestik apabila ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara empat hingga lima peratus pada tahun 2024 berbanding empat peratus yang disasarkan pada tahun lalu.

Beliau juga berharap perkembangan ekonomi dunia dan domestik akan terus stabil dan berpihak kepada kementerian, selain isu kekurangan pekerja dan keluasan tanah pekebun kecil.

“Ia adalah tidak memadai untuk mencapai pengeluaran berskala besar, modal untuk penanaman semula, non-tariff barrier (NTB) dan lain-lain,”ujarnya lagi.

agrikomoditi

Difahamkan, produktiviti Sektor Agrikomoditi, khususnya sawit, getah dan koko telah mencatatkan corak penurunan dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebagai contoh, pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) menunjukkan trend mendatar, manakala pengeluaran getah asli dan biji kok pula menunjukkan trend menurun yang signifikan.
“Situasi ini akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara sekiranya tiada langkah mitigasi dilaksanakan oleh kerajaan,”kata beliau.

Oleh itu, KPK perlu lebih proaktif dalam membantu pembangunan sektor agrikomoditi negara dengan memahami pengaruh dan impak terhadap pembangunan sosioekonomi negara, selain berfikir di luar kotak.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd