Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKT Berjaya Laksana 5,196 Projek Pembangunan Rakyat Sepanjang Tahun Ini

Sebanyak 5196 projek pembangunan kepada rakyat bagi tahun 2023 berjaya di laksana oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menterinya Nga Kor Ming berkata, jumlah peruntukan yang telah diberikan bagi projek pembangunan itu adalah sebanyak RM700 juta.

“Jumlah peruntukan BP. 1 bagi 2023 yang telah diluluskan oleh KPKT telah mengalami peningkatan yang ketara dengan jumlah sebanyak RM700 juta berbanding RM489 juta pada 2022.
“Ia melibatkan keseluruhan pelaksanaan 5,196 projek yang terbahagi kepada empat fokus utama iaitu sosioekonomi, kemudahan awam, keselamatan dan infrastruktur,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa lawatan kerja turun padang ke Pasar Bazar Rakyat Seri Kembangan, Selangor pagi ini.

Kor Ming turut meninjau kerja-kerja membaik pulih pasar tersebut dengan memberikan peruntukan keseluruhan berjumlah RM300,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPKT laksana 5196 projek pembangunan rakyat sepanjang 2023

Peruntukan itu telah disalurkan oleh KPKT bagi meliputi kerja-kerja mengecat semula struktur besi, dinding bata, penggantian penutup longkang dan kerja-kerja menaik taraf tandas.

Beliau menjelaskan, pertambahan peruntukan sebanyak 43.1 peratus itu membuktikan kejayaan dan kecekapan KPKT dalam menyusun strategi pembangunan yang berkesan serta memberi impak besar kepada rakyat.

“Prestasi ini bukan sahaja mencerminkan pertumbuhan positif dalam sektor pembangunan di kawasan perbandaran dan pekan-pekan kecil di seluruh negara.
“Malahan, ia juga menunjukkan kesungguhan KPKT dalam memenuhi keperluan dan menyelesaikan masalah rakyat di lapangan,” ujarnya.

Artikel lain: 99% Pengguna Di Sabah Dan WP Labuan Tidak Terjejas Dengan Pelarasan Tarif Elektrik

Tambahnya, keseluruhan projek berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama erat antara KPKT dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan matlamat yang jelas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Projek ini membantu meningkatkan taraf hidup dan menjayakan peluang ekonomi masyarakat setempat melalui pembangunan fizikal dan sosioekonomi.
“Kejayaan pelaksanaan projek tahun 2023 ini dapat diterjemahkan melalui inisiatif yang memberikan impak tinggi kepada PBT,” kongsinya.

Daripada jumlah tersebut, menerusi Inisiatif Belanjawan Tahun 2023, Kerajaan MADANI juga telah menetapkan dan meluluskan sejumlah RM191 juta untuk beberapa projek.

Antara projek  bagi peruntukan itu adalah pelaksanaan MyKiosk, projek perparitan dan projek kolam takungan banjir.

Selain itu, sepanjang tahun 2023, kementerian telah mengadakan pelbagai aktiviti turun padang melalui ‘Program Sentuhan Kasih KPKT’ ke semua negeri.

Menerusi program itu, KPKT dapat meneliti dan menyantuni nadi permasalahan rakyat dan PBT secara lebih dekat dan terbuka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasilnya, kementerian telah meluluskan sebanyak RM72.7 juta meliputi 87 projek yang dapat memberikan impak segera bagi penyelesaian masalah rakyat di kawasan terlibat.

“KPKT akan terus komited memfokuskan kepada pelbagai usaha dan inisiayif yang dilaksanakan secara bersepadu dan inklusif.
“Ia bagi merealisasikan perancangan pembangunan yang mampan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan,” ujarnya lagi.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Pemimpin kanan Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin mempersoal kanyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kunjungan 165 kadet Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di...

Sosial

Seorang pembantu rumah Indonesia melahirkan anak secara tiba-tiba di kediaman majikannya sehingga mengejutkan keluarga tersebut baru-baru ini. Foto: Facebook Menurut laporan New Straits Times,...

Sukan

Skuad futsal Malaysia ditewaskan 0-6 oleh Indonesia yang berada di kedudukan ke-28 dunia pada aksi persahabatan yang berlangsung di Gor Among Rogo, Yogyakarta, semalam....

Lokal

Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu negara, yang didakwa dijadikan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd