Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P Ramasamy nampaknya telah menfailkan saman kepada pendakwah bebas dar India, Dr Zakir Naik pula susulan dakwaan menfitnahnya baru-baru ini dalam salah satu ceramahnya.
Failkan writ saman pada 3 November lalu
Memetik laporan dari Harian Metro, Ramasamy telah menfailkan writ saman dan pernyataan tuntutannya pada 3 November lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi. Beliau telah menamakan Zakir Naik selaku defendan tunggal.
Ramasamy Saman Zakir Naik kerana dakwa difitnah
Difahamkan, Ramasamy mendakwa yang pemilik nama sebenar Zakir Abdul Karim Naik telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya pada 2 November 2023 di dalam ceramahnya sewaktu di Sokoto, Nigeria.
Video ceramah tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook rasmi Zakir Naik yang mempunyai lebih daripada 23 juta pengikut.
Ramasamy Saman Zakir Naik disebabkan kenyataan ‘musuh terbesar Islam’
Dalam ceramah itu, dia telah menyentuh perihal kemenangan kes saman fitnahnya terhadapt Ramasamy dan mendakwa defenden sebagai ‘musuh terbesar Islam’.
Artikel lain: Ramasamy Diberi Tempoh Sebulan Bayar Lebih RM1 Juta Kepada Zakir Naik
Terdahulu, penceramah yang berusia 58 tahun itu mendakwa Ramasamy telah melemparkan lima kenyataan berbaur fitnah sehingga tindakan dua saman telah diambil pada Oktober dan Disember 2019.
Susulan daripada itu, mahkamah Tinggi memerintahkan supaya Dr. P. Ramasamy membayar RM1 juta kepada penceramah terkenal dari India, Dr. Zakir Naik, dalam masa 30 hari.
Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)