Ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemukan maut dibunuh pada 6 Disember lalu iaitu Ismanira Abdul Manaf meluahkan kata-kata penghargaan buat arwah anaknya itu mengundang rasa sebak ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ismanira di laman TikToknya, dia menzahirkan ucapan terima kasih buat arwah anak lelakinya itu kerana memberinya peluang untuk menjadi seorang ibu.
Ibu Zayn
@izzmanaf_ Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim mommy, mommy bangga dapat lahirkan abang, penghuni syurga Allah 🤍
Artikel lain:Gara-Gara Kes Adik Zayn Rayyan, Harga Rumah Di Apartment Idaman Meningkat?
Dalam video tersebut, Ismanira berkongsi kenangan bersama anak sulungnya itu yang dilihat sebagai seorang kanak-kanak yang sangat ceria.
“Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim mommy, mommy bangga dapat lahirkan abang, penghuni syurga Allah,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen.
Sebelum ini, Ismanira memaklumkan mereka sekeluarga keluar bersama Allahyarman pada 4 Disember lalu yang juga merupakan detik terakhir membawa Zayn bersiar-siar sebelum kehilangannya.
“Waktu ini Isnin minggu lepas, 4 Disember, ini kali terakhir mommy dan daddy dapat bawa abang jalan-jalan.
“Abang dan adik suka sangat jalan-jalan… dapat pusing-pusing pusat beli-belah dan makan-makan.
“Itu memang happy sangat-sangatlah dua beradik ni, penat ke sibuk macam mana pun mommy daddy akan cuba jugak bawa abang dan adik jalan-jalan…happy sangat abang waktu ni,” luahnya lagi.
Netizen luah sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan nasib yang menimpa Zayn Rayyan yang sehingga kini tiada tangkapan suspek dilakukan oleh pihak berkuasa.
Semoga Allah satukan Zayn dan keluarga dalam syurga
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar keluarga terus kuat dalam menghadapi ujian dan berharap akan disatukan dalam syurga Allah kelak.
Sumber: TikTok @izzmanaf.co