Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Gara-Gara Kes Adik Zayn Rayyan, Harga Rumah Di Apartment Idaman Meningkat?

Kes allahyarham adik Zayn Rayyan tempoh hari membuatkan nama Apartment Idaman terus disebut-sebut hampir serata Malaysia memadangkan kes kehilangan kanak-kanak berkenaan bertukar menjadi kes pembunuhan.

Mana tidaknya, mangsa yang sebelum ini dilaporkan hilang telah ditemui di sungai di Damansara Damai sebelum bedah siasat mengesahkan bahawa dia dibunuh.

Pemilik naikkan harga rumah?

Susulan daripada itu, seorang pakar hartanah dikenali sebagai Azie Nawawi di laman Facebook miliknya mendedahkan harga rumah di kawasan tersebut meningkat kerana ada pemilik mendakwa kawasan tersebut terkenal disebabkan kes berkenaan.

“Last 2 weeks, sis dapat 1 listing dari kenalan untuk jualkan rumah Apartment Idaman, Damansara Damai. Unit ground floor with asking price RM168,000. Owner urgent nak jual.
“Beberapa hari lepas, ada prospect buyer berminat.
“Bila tanya nak set viewing, owner kata dan tukar harga kepada RM200,000. Dia kata sebab apartment ni dah femes sekarang. Hari-hari masuk TV. Semua orang kenal. Kena lah up harga.
“Allahu,” tulisnya.

https://www.facebook.com/AzieHartanah/posts/pfbid02bzW46YYswhEwZjZ3bsDinD3PmAt6wyUBFnC7TBqgcwLn6kZ7HxgMG53YGmqH9xLSl?ref=embed_post

Advertisement. Scroll to continue reading.

Harga rumah di Apartment Idaman meningkat?

Menurut pengguna Facebook itu lagi alasan pemilik rumah menaikkan harga di kawasan tersebut kerana sangat tidak berhati perut disebabkan ‘menangguk di air keruh’ ke aras kes yang berlaku tempoh hari.

“Ni betul-betul ‘menangguk di air keruh’ ni bang. Tak kira isu apa, asal boleh. Sis pun speechless tak tahu nak advise macamana. Hehee. Hanya mampu jawab – “Okay baik tuan. Saya harap tuan dapat jual rumah tuan ni cepat, mudah lagi dipermudahkan.” ujarnya lagi.

harga rumah apartment idaman

Artikel lain: Pembunuh Adik Zayn Rayyan Masih Dicari, Polis Minta Henti Komen Spekulasi

Harga rumah Apartment Idaman meningkat, pembeli tidak jadi beli

Walau bagaimanapun, Azie menyatakan yang pembeli tidak jadi melihat kawasan perumahan terbabit.

Di akhir posting berkenaan, pengguna Facebook terbabit sempat mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga adik Zayn Rayyan diatas musibah yang mereka hadapi dan menyedekahkan al-fatihah buat mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apapun, sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Adik Zyn Rayyan. Semoga dipermudahkan segala urusan keluarga dan waris,” tulisnya.

harga rumah apartment idaman

Sumber: Facebook Azie Nawawi

 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Politik

PAS menegaskan akan terus memilih amalan demokrasi sebagai wadah perjuangan politik walaupun menghadapi penyalahgunaan prinsip tersebut oleh golongan sekular. Sering disalah guna golongan sekular,...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd