Jabatan Alam Sekitar (JAS) laksana Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dengan kerjasama semua pihak bagi tangani punca pencemaran sungai dapat secara berkesan.
Ketua Pengarah (JAS) Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata demikian dalam Sesi Interaktif Ketua Pengarah Alam Sekitar Bersama Pempengaruh dan Pengamal Media di Putrajaya hari ini.
JAS laksana IRBM bagi tangani punca pencemaran sungai
Beliau berkata, terdapat perkara harus dilihat melalui beberapa peringkat iaitu di peringkat perancangan dan peringkat penguatkuasaan.
Artikel lain: RUU Kawalan Produk Merokok Diluluskan – “Terima Kasih Ahli Dewan Rakyat”
“Antaranya merancang pembangunan berdasarkan gunatanah mengikut IBRM, mengawal selia aktiviti pembangunan dan kerja tanah, mengawal pencemaran daripada pembangunan tidak terkawal, Pelaksanaan BMP’s bagi aktiviti EIA dan bukan EIA.
“Selain itu, pengawalan pelepasan leachate dari tapak pelupusan haram dan pelaksanaan Total Maximum Daily Load (TMDL) juga diambil kira,” katanya.
Manakala pada peringkat penguatkuasaan pula, ia perlu dijalankan secara menyeluruh mengikut bidang kuasa dan bidang tugas agensi.
Selain itu, program pencegahan dan pemantauan aktiviti haram yang menyumbang kepada pencemaran sungai juga perlu dilaksanakan selain operasi secara bersepadu antara Agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Sementara itu, bagi meningkatkan kesedaran awam kempen berterusan dan holistik perlu diperkasakan melalui program seperti Hari Alam Sekitar, Hari Sungai Sedunia, Hari Air Sedunia serta Mempertingkatkan hebahan dan kempen melalui media sosial.
Wan Abdul Latiff berkata, orang ramai juga mempunyai peranan penting dalam pemeliharaan alam sekitar menerusi pelbagai platform.
“Pelbagai platform sebagaimana kita dapat lihat pada ketika ini terutamanya media sosial yang mempengaruhi kehidupan seharian kita yang tidak dapat dinafikan.
“Justeru ia menjadi tanggungjawab kita smeua untuk menyusun strategi dalam penyaluran maklumat ini supaya seramai 26.8 pengguna media sosial aktif tahun ini di Malaysia dapat mesej yang sama.
“Ini adalah gambaran sebenar bahawa media sosial tidak boleh lagi diabaikan dalam agenda harian, kehidupan peribadi dan yang utama adalah kepada agensi Kerajaan untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat pada ketika ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihak JAS sentiasa memperkukuh jalinan kerjasama yang membabitkan PBT, Majlis Perbandaran, Kerajaan negeri dan pelbagai pihak.