Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKDW Anjur Rural Business Challenge 2.0, Tawar Geran Perniagaan RM15 Juta

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) anjur Rural Business Challenge (RBC) 2.0 dengan menawarkan geran perniagaan berjumlah RM15 juta kepada pemenang dalam kalangan usahawan luar bandar.

Menerusi satu kenyataan, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, program itu membolehkan usahawan berpotensi merealisasikan idea bernas yang diterjemahkan kepada satu pelan perniagaan berdaya maju.

KKDW Anjur Rural Business Challenge 2.0

KKDW Anjur Rural Business Challenge 2.0

“Program RBC telah diperkenalkan sejak tahun 2012 melalui Government Transformation Programme (GTP) 2.0 di bawah Youth Entrepreneur Driven Model Desa Abad ke-21, khususnya untuk program keusahawanan belia.
“Ia diberi nafas baru tahun ini dengan beberapa penambahbaikan yang dikenali sebagai RBC 2.0. Bagaimanapun, ia masih mengekalkan konsep asalnya…
“…iaitu sebuah program pengembangan perniagaan melalui penganjuran pertandingan penyediaan rancangan perniagaan,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran RBC 2.0 sempena porogram Karnival Usahawan Desa (KUD) di Anjung Floria, Putrajaya yang turut dimeriahkan dengan pameran dan jualan oleh pemenang- pemenang RBC yang terdahulu.

Artikel berkaitan: Belanjawan 2024: KKDW Peruntukan RM7.7 Bilion Untuk Pembangunan Desa

Advertisement. Scroll to continue reading.

KKDW berkata, pihaknya menyasarkan sehingga 2,500 permohonan penyertaan pertandingan RBC 2.0 oleh usahawan belia luar bandar yang berpotensi dari seluruh Malaysia.

“Usahawan belia luar bandar yang berpotensi dan berminat digalakkan untuk mengemukakan permohonan penyertaan bagi pertandingan RBC 2.0 secara atas talian,” ujar kenyataan tersebut.

Sementara itu, seramai 19 orang usahawan desa berjaya meraih nilai jualan tahunan melebihi RM1 juta menerusi Aktiviti Bimbingan Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J) iaitu salah satu aktiviti sokongan di bawah RBC.

Rubiah berkata, inisiatif tersebut untuk memperkasakan usahawan desa melalui aktiviti bimbingan dan pementoran selama 12 bulan bersama konsultan perniagaan serta pemudah cara Richworks International Sdn. Bhd.

“Usaha ini mempertingkatkan prestasi perniagaan dalam kalangan usahawan desa yang mencatatkan hasil jualan tahunan melebihi RM 38 juta berdasarkan rekod keseluruhan 25 orang peserta.
“Ia meningkat sebanyak 73% berbanding tahun sebelumnya iaitu RM 22juta) dengan purata jualan sebanyak RM1.5juta bagi setiap usahawan.
“Pengiktirafan kepada 19 usahawan desa melalui Majlis Graduasi peserta Aktiviti Bimbingan Kelab Usahawan 1 juta ini diharapkan menjadi insipirasi kepada usahawan desa lain untuk mengikuti jejak langkah yang sama,” katanya lagi.
Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd