Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Belanjawan 2024: KKDW Peruntukan RM7.7 Bilion Untuk Pembangunan Desa

Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah (KKDW) menjangkakan peruntukan pembangunan desa di negeri-negeri akan meningkat kepada RM7.7 bilion pada tahun hadapan.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak RM5.79 bilion bersamaan 78.01% peruntukan pembangunan telah dibelanjakan pada tahun ini dari RM7.42 bilion yang diterima untuk pembangunan desa.

“Kementerian menjangkakan peruntukan pembangunan ini meningkat kepada RM7.7 bilion pada tahun hadapan dan saya berharap agar Perdana Menteri akan meluluskannya melalui Belanjawan Tahun 2024,” katanya dalam Mesyuarat MEXCLUB yang diadakan di Kuching, Sarawak pagi tadi.

Mesyuarat MEXCLUB kali ini diadakan di Sarawak bagi membolehkan ahli mesyuarat melihat dengan lebih dekat strategi pembangunan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Sarawak juga disasarkan untuk menjadi sebuah negeri yang berpendapatan tinggi seterusnya memberi tumpuan kepada kelestarian alam sekitar dan keterangkuman sosial.

Zahid berkata, KKDW dan Kerajaan Negeri akan terus memberikan kerjasama terhadap program yang dilaksanakan termasuklah untuk program-program baharu dalam perancangan desa progresif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ianya dilaksanakan untuk memastikan penduduk  luar bandar akan mendapat manfaat daripada program-program yang dirancang oleh Kerajaan.

“Pejabat KKDW Negeri (PKN) sentiasa membuat engagement dan memainkan peranana pro aktif dengan pihak Kerajaan Negeri/Exco Luar Bandar.

Ini untuk kualiti perkhidmatan dan sistem penyampaian terutamanya dalam pelaksanaan projek-projek KKDW dapat dipercepatkan dan masyarakat luar bandar mendapat menfaat daripada pelaksanaannya,” ujarnya.

Pada mesyuarat tersebut, tiga kertas telah dibentangkan dan antaranya adalah Haluan Baharu KKDW oleh Ketua Setiausaha KKDW Datuk Sri Ramlan Datuk Harun.

Selain itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) pula membentangkan Hala Tuju Baharu: Memperkasakan Ekosistem MARA Dalam Memperbaharui Agenda Pembangunan Luar Bandar oleh Pengerusinya Datuk Dr. Asyraf Wajdi Datuk Dusuki.

Manakala Strategi Pembangunan Luar Bandar di Negeri Sarawak pula dibentangkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Lester Matthew.

Exco-Exco Luar Bandar turut memainkan peranan untuk membentangkan isu yang melibatkan modal insan, infrastruktur, ekonomi dan keusahawanan serta penyampaian perkhidmatan di luar bandar peringkat Kerajaan Negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh Exco Luar Bandar Sarawak, Sabah, Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Pahang, Kedah, Melaka, Johor dan Perlis.

Exco Luar Bandar Kelantan pula diwakili oleh Timbalan Exco dan Exco Luar Bandar Perak diwakili oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak.

MEXCLUB dijadikan platform perbincangan secara membina antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi memperkukuh persefahaman dalam melaksanakan agenda pembangunan luar negeri.

Penggunaan MEXCLUB sebagai platform perbincangan secara constructive antara KKDW dan Kerajaan Negeri diharap dapat memperkukuhkan persefahaman dalam melaksanakan agenda pembangunan luar bandar menjelang tahun 2030.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerajaan Negeri Sarawak turut mengaturkan Lawatan ke Borneo Empurau Farm & Resort di Serian untuk membawa ahli-ahli MEXCLUB melihat sebahagian konsep pembangunan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

KKDW memperuntukkan sebanyak RM917 juta untuk melaksanakan 241 projek infrastruktur di Sarawak pada tahun ini.

+ posts

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd