Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Penduduk Gaza Derita, Terpaksa Minum Air Masin Dari Sumber Tercemar

Gaza air

Penduduk di Semenanjung Gaza terpaksa menanggung derita terutama bekalan air bersih angkara kekejaman rejim zionis selepas tercetusnya konflik Israel-Palestin pada 7 Oktober lalu.

Bekalan air bersih Gaza ‘genting’

Menurut laporan terbaharu diterbitkan The Wall Street Journal, pencerobohan berterusan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan penduduk berdepan dengan ambang krisis air yang dahsyat.

Ini dapat dilihat apabila ia kini menjadi sumber sangat terhad sehingga menjejaskan kehidupan penduduk tempatan.

“Penduduk di Gaza dulunya mewah air. Kini, air yang mengalir keluar dari paip semakin perlahan, makin kering dan terpaksa menunggu berjam-jam pada setiap hari bagi mendapatkan bekalan air yang dicatu. Malah, air minuman tersebut tidak cukup bersih untuk membuat teh.
“Kadang-kadang airnya masin dan teh yang kami sediakan keruh,”luah Rami Hijjo, bekas pekerja bantuan kemanusiaan.

air Gaza

Minum bekalan air yang ada saja

Laporan itu juga menekankan bahawa krisis air amat teruk berlaku di utara Gaza yang kini menjadi tumpuan utama pencerobohan Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, air minuman yang disediakan tidak lagi selamat lebih-lebih lagi ia dikelilingi tentera penduduk Israel yang bertindak memutuskan bekalan berkenaan.

Disebabkan itu, mereka (penduduk tempatan) terdesak untuk mendapatkan sumber bekalan air bersih.

“Kebanyakan penduduk tidak mempunyai pilihan selain minum air daripada apa yang ada sahaja, sumber yang ditemui termasuk daripada telaga sudah tercemar, air masin dan pelbagai bahan pencemar lain,”menurut laporan.

air gaza

Artikel lain: Bilangan Syahid Meningkat, Gaza Kini Jadi Kubur Kanak-Kanak

Ia secara tidak langsung mengancam nyawa bagi mereka yang terdedah dengan sumber tercemar terutama kanak-kanak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sistem penjagaan kesihatan juga berada di ambang keruntuhan kerana tidak mampu menangani krisis sedia ada.

Tambah laporan, sebelum pencerobohan Israel, penduduk tempatan terpaksa bergantung kepada tiga sumber utama iaitu loji penyahgaraman (tujuh peratus daripada keperluan air Gaza), saluran paip dari Israel (13 peratus daripada keperluan penduduk) serta sumber telaga (80 peratus keperluan).

Berikutan perang dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Israel mengganggu ketiga-tiga sumber air berkenaan termasuk memotong bekalan air kepada penduduk di wilayah yang terjejas itu.

Bantuan kemanusiaan yang memasuki Gaza dari selatan juga terhad dan ia gagal sampai ke utara Semenanjung kerana kepungan yang dilanda oleh pendudukan Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Wall Street JournalMargherita Stancati , Fatima AbdulKarim)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd