Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan membiayai hidangan tengah hari kepada 7,100 banduan dan tahanan di Perak yang sedang menjalani hukuman sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-67 hari ini.
Foto: New Strait Times
Hidangan tengahari itu akan diberikan kepada mereka yang menjalani hukuman penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhalak, lapor Bernama.
Dalam satu sidang media hari ini, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin memaklumkan pembiayaan itu merupakan sifat prihatin dan ihsan baginda terhadap kebajikan banduan dan tahanan.
Artikel lain: Sultan Perak Rasmi, Jambatan Bagan Datuk Kini Dikenali Jambatan Sultan Nazrin Shah
Beliau berkata, sumbangan hidangan tengahari itu akan dijalankan di Penjara Tapah, Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting dan Pusat Pemulihan Akhlak batu Gajah yang dikelolakan Jabatan Penjara Perak.
Sultan Nazrin biayai ‘buffet’ kepada banduan
“Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja akan mewakili Baginda di Penjara Taiping manakala Orang Kaya Menteri Paduka Tuan (Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama) akan mewakili Baginda di Pusat Koreksional Kamunting.
“Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja (Orang Besar Jajahan Kinta) akan mewakili Baginda di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, dan YDH Toh Paduka Indera (Orang Besar Jajahan Batang Padang) akan mewakili Baginda di Penjara Tapah,” katanya.
Tambah Dr Mohd Zahidi, makanan yang dihidangkan adalah dalam bentuk buffet dan agak istimewa berbanding makanan yang biasa dihidangkan kepada banduan dan tahanan.
Terdahulu, beliau turut memaklumkan bahawa Sultan Nazrin juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak kepada 238 penerima sempena sambutan berkenaan.
Sumber: Bernama