Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sultan Perak Rasmi, Jambatan Bagan Datuk Kini Dikenali Jambatan Sultan Nazrin Shah

Jambatan yang menghubungkan Bagan Datuk dan Sejagop, Pasir Salak kini dinamakan sebagai Jambatan Sultan Nazrin Shah.

Ia dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah pada hari ini.

Berangkat sama pada majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Idris Shah; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir mengiringi baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jambatan Bagan Datuk

Sebelum ini, pengguna jalan raya dari Sitiawan perlu melalui Kalan Hutan Melintang ke Bagan Datuk dan ia mengambil masa kira-kira sejam lebih.

Namun kini, orang ramai dapat memendekkan masa perjalanan mereka dengan mengambil masa 15 minit sahaja.

Difahamkan, jambatan ini turut menghubungkan daerah Bagan Datuk dengan bandar-bandar utama seperti Lumut, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak.

“Pengguna jalan raya dari kawasan Lembah Klang yang berulang-alik ke Utara Perak khususnya melalui Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) akan turut menikmati penjimatan masa perjalanan,”menurut kenyataan.

Ia sekaligus memberi manfaat kepada 70,300 penduduk sekitar terutama kakitangan dan para pelajar institusi pendidikan berdekatan seperti Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SABDA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Politeknik Bagan Datuk.

Jambatan Sultan Nazrin Shah terima pengiktirafan, The Malaysia Book of Records

Menurut kenyataan Kementerian Kerja Raya (KKR), projek ini dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan ia dibina sebagai rangkaian hubungan, aksesibiliti dan mobiliti melalui penyediaan infrastruktur berkualiti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Projek ini turut menerima pengiktirafan dalam The Malaysia Book of Records (2023) sebagai Laluan Papak Bertingkat atas Cerucuk yang Terpanjang (Longest Elevated Pile Slab Carriageway) dan Bilangan Titik Cerucuk Terbanyak bagi Laluan Papak Bertingkat atas Cerucuk (Most Piles Points on Elevated Pile Slab Carriageway).
“Projek ini mencatat rekod skor 95% dalam Audit Silang Pelan Pengurusan Trafik (TMP) Projek Cawangan Jalan (2022), pencapaian Empat Bintang dalam Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan (SHASSIC) (2020) dan 1,000,000 Jam Kerja Tanpa Kecederaan (2020),”katanya lagi.

Artikel lain: Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka Di 11 Lebuhraya Bermula 29 September

Atasi masalah banjir

Tambah KKR, Elevated Piled Slab (EPS) juga digunakan sebagai road structure sepanjang 8.27 kilometer bagi mengatasi masalah banjir.

Ia merangkumi pembinaan sistem pembentungan dan saliran di sepanjang jalan tuju, pemasangan perabot jalan, kerja-kerja elektrik, pengambilan balik tanah (PBT) dan pengalihan utiliti.

KKR dan Jabatan Kerja Raya (JKR) menyatakan rasa komited dalam membangunkan landskap infrastruktur awam negara demi kemudahan dan keselesaan orang awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan konsep dan format baharu di bawah Kementerian Pertahanan (MINDEF). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed...

Lokal

Seramai 45 orang termasuk tujuh kanak-kanak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air ketika pertandingan memancing di sebuah kolam berhampiran Kampung Longob, Jalan Tandek, Kota...

Spotlight

Ahli gusti profesional, John Cena mengumumkan akan bersara daripada sukan yang diminatinya, WWE pada tahun depan selepas dua dekad terlibat dalam gelanggang tersebut. Menerusi...

Sukan

Harapan penerjun kebangsaan, Ooi Tze Liang tidak kesampaian apabila kem terjun negara gagal memperoleh slot tambahan daripada Akuatik Dunia untuk beraksi di Sukan Olimpik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd