Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Perkasa Pendidikan Anak Warga ATM, MINDEF Lancar Program e-Perkasa Yayasan LTAT Dan UPSI

Kementerian Pertahanan (MINDEF) melancarkan Program e-Perkasa SPM Yayasan LTAT (YLTAT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam memperkasakan pendidikan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program itu merupakan program tuisyen atas talian bagi lima pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah.

MINDEF lancar Program e-Perkasa Yayasan LTAT dan UPSI

“Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian untuk memberikan dan memastikan kesejahteraan ATM yang meliputi hal perumahan, kebajikan, pendidikan anak-anak, kesihatan dan pekerjaan mereka.
“Dalam konteks pendidikan, kita lancarkan program ini dan kita harap ia benar-benar memberi manfaat kepada anak-anak ATM,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan demonstrasi projek penanaman hidroponik oleh Associate Professor in Electrical Engineering Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHN), Profesor Madya Ts. Dr. Siti Amely Jumaat sempena lawatan ke kem Mahkota, Kluang pada Jumaat lalu.

Sementara itu, beliau berkata, program itu bakal memberi manfaat kepada seramai lebih 969 orang anak-anak warga ATM seluruh negara sebagai persediaan bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Salah Seorang Cuba Elak Asap Bakar Sampah, Dua Penunggang Motosikal Maut Bertembung

Program tersebut berasaskan konsep mentor-mentee dengan menggunakan platform digital seperti Google Meet dan YouTube Live pengukuhan kefahaman selain memperkasa usaha pemindahan pengetahuan dan kepakaran antara kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, seramai 35 pelajar telah menerima peranti Chromebook sumbangan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) bagi memudahkan pelajar mengikuti sesi pembelajaran dengan lebih praktikal.

Mengulas lanjut berhubung program itu, Mohamed Khaled berkata ia bukan kali pertama program sebegitu dilaksanakan dan pernah dijalankan di beberapa kem secara fizikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin; AKS Sumber Manusia, Mejar Jeneral Dato’ Norsham Md Tap; Ketua Eksekutif YLTAT, Dato’ Dr. Mohd Nizar Haji Sudin; Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr. Md Amin Md Taff dan Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Ir. Azizul Azily Ahmad.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd