Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Paralimpik Paris 2024: Tekanan Punca Fareez Kehilangan Gangsa

Penampilan pertama Muhammad Fareez di Sukan Paralimpik Paris 2024 memberi aksi kurang memberangsangkan kerana terlampau memikirkan untuk merebut kemenangan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa acara badminton perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal).

Foto: IG Paralympic Council Malaysia

Menurut laporan Bernama, Fareez berjaya menumpaskan Dheva Anrimusthi dari Indonesia 21-17 di set pertama namun kehilangan momentum apabila dikecewakan pihak lawannya 21-19, 21-12 di set kedua dan ketiga permainan seterusnya memberi peluang kepada pemain Indonesia itu membawa pulang pingat gangsa.

Atlet itu mengakui tekanan yang hebat menyebabkan dirinya tidak dapat menampilkan permainan yang memuaskan ketika berhadapan dengan atlet Indonesia itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: IG Paralympic Council Malaysia

“Apa yang membezakan antara saya dan Dheva adalah pengalaman lawan pernah beraksi di Tokyo 2020 dan paling penting saya tidak dapat mengawal diri.
“Saya memang agak keras kerana terlampau berharap (pingat gangsa) sehinggakan permainan saya serba tidak menjadi hari ini,” katanya.

Namun begitu, pemain berusia 28 tahun itu tetap bersyukur mendapat pengalaman berharga untuk beraksi dalam pertandingan di peringkat berprestij meskipun kecewa tidak berjaya meraih pingat untuk negara.

Foto: IG Paralympic Council Malaysia

Fareez berazam mengukuhkan daya ketahanan mentalnya dan tekad untuk kembali beraksi bagi merangkul pingat pada Sukan Paralimpik 2028 di Los Angeles.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, beliau memulakan permainan dengan mengalahkan Fang Jen-Yu dari Taiwan 21-14, 21-18 sebelum menewaskan Dheva 14-21, 21-19, 21-19 dan atlet Jepun, Taiyo Imai 17-21, 21-17, 21-17.

Sumber: Bernama (Amiril Muttaqien Meketar)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan licik seorang lelaki tidak bertanggungjawab menipu pembelian tambah nilai Touch ‘n Go berjaya dirakam menerusi rakaman televisyen litar (CCTV) tertutup di sebuah stesen...

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Bisnes

Pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol RON95 dijangka akan dilaksanakan tahun ini, namun kerajaan perlu memastikan menggunakan mekanisme yang sesuai agar tidak membebankan rakyat. Menteri...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd