Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lesen Memandu Indonesia Diiktiraf Di Lapan Negara Di Asia Tenggara

Lesen memandu Indonesia akan diiktiraf secara rasminya di beberapa negara Asia Tenggara bermula pada 1 Jun tahun depan, membolehkan warga negara itu memandu di luar negara tanpa memerlukan permit memandu antarabangsa.

Memetik laporan Tribunnews, pengiktirafan itu terpakai di Brunei, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Pengarah pendaftaran dan pengenalan kenderaan bahagian Trafik Polis Indonesia Yusri Yunus berkata kad pengenalan kini juga akan berfungsi sebagai lesen memandu.

Lesen memandu Indonesia diiktiraf di Asia Tenggara

Lesen Memandu Indonesia Diiktiraf Di Asia Tenggara

Selain itu, mereka turut akan memperkemas integrasinya dengan dokumen undang-undang lain seperti nombor pengenalan cukai dan rekod keselamatan sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Perancis Nafi Tahan Pengasas Telegram Kerana Politik

“Reka bentuk lesen memandu baharu juga akan menampilkan logo kategori seperti Kelas A untuk kereta dan Kelas C untuk motosikal bagi membantu pihak berkuasa asing mengenal pasti,” katanya.

Sementara itu, lesen memandu Indonesia telah diiktiraf di rantau ini sejak 1985 di bawah Perjanjian Pengiktirafan Lesen Memandu Domestik yang diperluaskan pada 1997 untuk merangkumi lebih banyak negara seperti Kemboja.

Lesen Memandu Indonesia Diiktiraf Di Asia Tenggara

Bagaimanapun, negara seperti Singapura hanya mengiktiraf lesen memandu Indonesia selama 12 bulan dari tarikh ketibaan, manakala Malaysia mewajibdkan permit memandu antarabangsa untuk pemandu asing, termasuk dari Indonesia sejak 2018.

Sumber: Tribunnews

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Filem

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd