Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Nak Bawa Keluarga Bercuti Di UK, Muhyiddin Yassin Mohon Kembalikan Pasport

Pasport Muhyiddin Yassin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon untuk mendapatkan semula pasportnya dari Mahkamah Sesyen atas beberapa alasan, lapor BH Online.

Muhyiddin Yassin minta kembalikan pasport

Menurut laporan, antara alasan yang dikemukakan oleh beliau yang juga Presiden BERSATU adalah termasuk sudah membuat perancangan untuk bercuti bersama keluarga di luar negara.

Beliau berkata, ia sudah menjadi suatu kebiasaan untuk membawa keluarganya bercuti selama sebulan pada setiap tahun.

Ini tidak terkecualilah perancangan untuk bercuti pada tahun ini dan mahu membawa keluarga ke London, United Kingdom (UK) pada akhir tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya difahamkan daripada ejen pelancingan bahawa adalah sukar untuk mendapatkan tiket penerbangan dan mengaturkan perjalanan percutian untuk jumlah orang yang ramai secara sekali gus ke London, terutama berdekatan dengan Krismas dan Tahun Baharu.
“Oleh demikian, langkah berjaga-jaga diambil untuk menempah tiket penerbangan bagi saya dan isteri terlebih dahulu sebelum ahli keluarga lain.
“Saya berharap mahkamah akan membenarkan pemohonan supaya boleh meluangkan masa dengan ahli keluarga dalam percutian tahunan,”ujarnya.

Pasport Muhyiddin Yassin

Artikel lain: Muhyiddin Yassin Dibenar Ikat Jamin RM2 Juta, Pasport Diserahkan

pasport Muhyiddin Yassin

Beliau berkata demikian menerusi afidavit sokongan difailkan firma guaman, Tetuan Chetan Jethwani & Company, Isnin lalu.

Katanya, percutian itu adalah penting buat dirinya dan keluarga kerana boleh meluangkan masa, terutama mereka amat tertekan pada tahun ini.

Nak pergi Singapura jalani pemeriksaan kesihatan

Selain itu, Muhyiddin menyatakan hasrat untuk ke Singapura bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, dia percaya dengan teknologi canggih yang terdapat pada Hospital Mount Elizabeth. Ini membolehkan dirinya membuat pemeriksaan jantung tanpa ujian stres jantung atas ‘treadmil’ atau pengisar injakan.

“Ujian stres jantung memerlukan saya untuk berjalan atau berlari di mesin berkenaan, sesuatu yang amat sukar.
“Beberapa tahun lalu, saya menjalani ujian stres jantung tanpa ‘treadmill’ di Klinik Mayo di Amerika Syarikat (AS).
“Saya dinasihatkan oleh doktor bahawa Hospital Mount Elizabeth ada rawatan dan peralatan diagnostik seperti mana yang saya lakukan di Klinik Mayo, oleh itu saya berniat ke Singapura,” katanya lagi.
Pasport Muhyiddin Yassin

Artikel lain: Pasport Rosmah Mansor Dikembalikan Sementara, Lawat Cucu Sakit Di Singapura

Artikel lain: Suara Didengari, Pasport Ahmad Zahid Dikembalikan Secara Kekal

Tegas beliau, dirinya tiada risiko untuk melarikan diri berdasarkan beberapa sebab termasuk memegang jawatan penting seperti Ahli Parlimen Pagoh, Presiden BERSATU dan Pengerusi PN.

“Oleh itu, saya ada tanggungjawab untuk menjalankan tugas memenuhi keperluan kawasan Parlimen dari semasa ke semasa.
“Saya juga perlu menghadiri sesi Parlimen jika bersidang, selain ada ahli keluarga dan aset di Malaysia,” katanya.

Pada 2 Oktober lalu, Muhyiddin memohon supaya dilepas tanpa dibebaskan daripada tiga lagi tuduhan jenayah yang dihadapinya iaitu menerima wang hasil aktiviti haram yang kesemuanya berjumlah RM200 juta.

Beliau juga membuat permohonan berkenaan dengan alasan bahawa sudah dilepas dan dibebaskan untuk kesalahan predikat di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia oleh Mahkamah Tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pertuduhan di Mahkamah Sesyen adalah tidak berasas kerana tidak mendedahkan suatu kesalahan yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pagoh itu selepas membenarkan permohonan beliau untuk membatalkan empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi BERSATU.

Sumber: BH Online (Faris Fuad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd