Pemain skuasy wanita negara, S.Sivasangari berjaya menyumbangkan emas keempat untuk kontijen Malaysia dalam acara perseorangan wanita selepas menewaskan pemain Hong Kong, Chan Sin Yuk di Sukan Asia Hangzhou.
Sivasangari menebus semula kekalahan tersebut setelah tumpas dengan Sin Yuk pada aksi final kategori wanita di Kejohanan Skuasy Asia di Hong Kong pada Jun lalu.
Emas keempat untuk Malaysia menjadi ubat kepada kem skuasy negara selepas menyaksikan Syafiq Kamal-Aifa Azman gagal menundukkan Sandhu Harinder Pal Singh-Karthik Dipika Pallikal di final beregu campuran.
https://www.facebook.com/majlissukannegaramalaysia/posts/pfbid02JpuSAL6X3XYa6C4JPXCS6KuaG7AG6tKbphnwDmnnXbf571cgLuckc6k3bKANRMwdl
Pada masa sama, ini menjadikan atlet berusia 24 tahun itu sebagai pemenang pingat emas berganda selepas turut berjaya memenangi tempat pertama dalam acara berpasukan wanita sebelum ini.
Anak kelahiran Sungaig Petani, Kedah itu berjaya menempah tempat ke pusingan akhir setelah mengalahkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Kejuaraan Berpasukan Dunia Wanita 2022, Satomi Watanabe dengan skor 3-0.
Sekadar info, Sivasangari menghuni tempat ke-18 di dunia dan pernah memenangi pingat perak di Sukan Asia 2018 bertempat di Jakarta-Palembang selepas ditewaskan oleh ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David.
Sumber: Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia