Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

46 Termasuk 37 Kanak-Kanak Dilapor Maut Ketika Upacara Mandi Ritual

46 individu termasuk 37 kanak-kanak maut akibat lemas ketika melakukan upacara mandi ritual semasa satu perayaan Jivitputerka di beberapa daerah di Bihar, Timur India pada Khamis.

Foto: NDTV

Menurut laporan NDTV, insiden tersebut berlaku di 14 daerah di negeri itu semasa perayaan yang diadakan sejak Rabu.

Semasa perayaan tersebut, wanita dituntut untuk berpuasa demi kesejahteraan anak-anak dan mereka dikehendaki berendam ke dalam air bagi melengkapkan ritual tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: The New Indian Express

Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar mengumumkan bayaran pampasan sebanyak 400,000 rupee (kira-kira RM19,800) kepada waris mangsa dan proses pemberian pampasan telah bermula kepada ahli keluarga lapan orang yang meninggal dunia, setakat semalam.

“Pentadbiran daerah membuat pengaturan yang mencukupi untuk semua mereka yang melawat ghats sungai / kolam khusus semasa perayaan ‘Jivitputerka’.
“Masalah timbul apabila orang ramai pergi ke ghat tempatan, yang tidak disediakan oleh pentadbiran,” kata Majistret Daerah Aurangabad Srikant Shastri,” katanya.

Insiden lemas dilaporkan dari daerah Champaran Timur dan Barat, Nalanda, Aurangabad, Kaimur, Buxar, Siwan, Rohtas, Saran, Patna, Vaishali, Muzaffarpur, Samastipur, Gopalganj dan Arwal, kata pegawai tersebut.

Majistret Daerah Saran, Aman Samir memberitahu orang ramai hanya melawat ghat yang diselenggara oleh pentadbiran sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: NDTV

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd