Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

12 Tahun Hidup Bersama, BCL Gagal Tahan Sebak Kenang Arwah Suami

Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL tidak dapat menahan sebak apabila mempersembahkan 12 Tahun Terindah ada konsert BCL Blossom Intimate di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) malam kelmarin.

Menurut laporan Kosmo, apa yang lebih menyayat hati adalah persembahan malam tersebut turut memaparkan beberapa gambar kenangan indah BCL bersama Asyraf sehingga mengundang air mata orang ramai.

Ujar BCL, lagu-lagu yang disajikan adalah hasil daripada memori pahit manisnya bersama Ashraf sepanjang 12 tahun bergelar isteri.

“Malam ini, saya ingin berbagi rasa indah dengan anda semua sepanjang 12 tahun kehidupan bersama Ashraf. Lagu ini bukan meratapi tetapi untuk merayakan kegembiraan yang Allah SWT beri selama 12 tahun terindah,” katanya.

Tambah penyanyi yang berusia 39 tahun itu lagi, dia menganggap Malaysia merupakan rumah kedua dan semangatnya tidak pernah luntur buat para peminatnya disini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berada di sini tidak mudah tetapi demi anda semua, semangat saya terus melonjak. Konsert ini telah menyatukan semua rasa termasuk rindu, bahagia, sedih dan gembira. Terima kasih Malaysia,” jelasnya lagi.

Sekadar info, acara tersebut turut dihadiri oleh kelurga Ashraf termasuk ibu dan bapanya iaitu Mohamed Anthony John Sinclair, Khadijah Abdul Rahman serta adik perempuan Allahyarham, Aishah Sinclair.

Sumber: Kosmo (Nur Emira Sazali)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi pengalaman mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan oleh individu tidak dikenali ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Sungai...

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Dunia

Dua kanak-kanak dilaporkan maut selepas dipercayai terperangkap di dalam sebuah peti sejuk beku ketika bermain sorok-sorok di rumah mereka di Vista Hermosa, Colombia pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd