Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Zahid Hamidi Mohon Pasport Dikembalikan, Sukar Jalani Urusan Rasmi

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid hari ini memohon agar Mahkamah Tinggi mengembalikan pasport antarabangsa yang kini ditahan.

Menurut Ahmad Zahid, ketiadaan pasport telah menyukarkannya untuk melaksanakan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet sekiranya mempunyai urusan di luar negara.

Katanya, pasport antarabangsa sangatlah penting bagi membolehkan Jabatan Imigresen memproses permohonan beliau untuk urusan diplomatik iaitu keluar masuk negara.

“Bagi melancarkan pergerakan dan urusan dan tugasan selaku Timbalan Perdana Menteri, saya dikehendaki berada di dalam dan di luar negara yang mana saya percaya perkara tersebut memerlukan pasport berada dalam pegangan saya sendiri,”ujarnya.

Oleh itu, beliau memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi agar pasport antarabangsanya yang ditahan sebagai syarat jaminan tambahan dikembalikan secara kekal semula secepat mungkin. Pun begitu, beliau tidak kisah sekiranya jumlah jaminan RM2 juta dikekalkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, beliau tiada niat mahu melarikan diri atau tidak menghadiri diri pada prosiding mahkamah,sekiranya Mahkamah Tinggi mengembalikan semula pasport miliknya.

“Saya tiada niat larikan diri atau tak hadir prosiding mahkamah kerana saya masih lagi berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan bergiat aktif dalam bidang politik di Malaysia serta ahli keluarga saya kesemuanya berada di sini,”jelasnya.

Ahmad Zahid berkata, permohonan itu sekali gus dapat mengurangkan jumlah permohonan pelepasan pasport sementara kepada pihak mahkamah setiap kali beliau perlu melaksanakan tugas rasmi ke luar negara.

Tegasnya lagi, dia tidak mempunyai niat jahat atau memprejudiskan mana-mana pihak selain memberi akujanji untuk tetap memberikan kerjasama penuh bagi menyelesaikan perbicaraan yang sedang berlangsung.

Untuk pengetahuan, pasport Ahmad Zahid ditahan oleh mahkamah hampir lima tahun lalu berikutan pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi sejak 2018.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto:  NSTP/AIZUDDIN SAAD

Difahamkan, Ahmad Zahid memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi melalui Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq pada 20 Januari lalu.

Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Nurul Aini Hamzah yang turut dihadiri oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob bagi pihak pendakwaan manakala peguam Nabihah Meor Azli mewakili Ahmad Zahid.

Mahkamah menetapkan 3 Februari ini untuk satu lagi pengurusan kes.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial asal Korea Selatan, Daud Kim, telah berkongsi video di Instagram miliknya dengan mengumumkan pembelian sebidang tanah di Incheon, Korea Selatan baru-baru...

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Seorang wanita dari Singapura, Audrey Fang yang dilaporkan hilang semasa bercuti di Sepanyol telah ditemui mati dengan kesan tikaman. Media Singapura, CNA, melaporkan seorang...

Lokal

Rangka manusia lengkap berpakaian telah ditemui dalam bilik di sebuah kuarters guru terbiar yang terletak di Beaufort, Sabah, semalam. Memetik laporan Sinar Harian, rangka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd