Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Zahid Hamidi Arah Semua Kementerian Beri Bantuan Banjir Tanpa Kira Politik

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi arah semua kementerian beri bantuan kepada mangsa banjir tanpa mengira ideologi politik.

Menurut laporan The Star, Ahmad Zahid yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan memberitahu dana telah disediakan dan usat pemindahan banjir ditubuhkan bertujuan bagi menampung lebih dua juta mangsa banjir.

Zahid Hamidi arah kementerian beri bantuan banjir

Artikel lain: PM Umum Bantuan RM50Juta Disalur Terus Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

“Saya telah pastikan persiapan awal dan meminta semua agensi untuk dilengkapi sebaiknya serta memberikan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.
“Kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukkan dana bagi pengurusan bencana kepada semua negeri, tanpa mengira fahaman politik mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu turut menjelaskan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) akan diberikan bekalan penting selain selaraskan maklumat dari daerah ke persekutuan demi mendapatkan info serta maklum balas pantas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, dana sebanyak RM323.63 juta telah diperuntukan oleh Putrajaya untuk disalurkan kepada Jawatankuasa Bencana Negara bagi kegunaan di 160 daerah.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat bersedia untuk aktifkan sebanyak 8,481 pusat bantuan ini di seluruh negara dengan kapasiti yang mampu menampung sehingga 2,158,743 mangsa.
“Ia juga telah menerima peruntukan sebanyak RM35.85 juta untuk pengurusan bencana.
“Keseluruhannya, seramai 61,839 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi kerajaan setiap peringkat berada dalam keadaan berjaga-jaga,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kepada semua pihak terlibat supaya tidak melibatkan politik ketika musim banjir ini sebaliknya menitikberatkan mengenai nyawa rakyat.

“Kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan. Kerajaan Perpaduan tidak akan mengetepikan negeri yang ditadbir oleh pembangkang dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan semasa bencana.
“Walaupun kerajaan negeri tidak sejajar dengan Putrajaya, kami masih akan memberikan bantuan, tanpa mengira parti politik. Ini termasuk Kelantan dan Terengganu,” tegasnya.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd