Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Yes Lancar Pelan iPhone 15 Bermula Dari RM12 Sebulan!

Jenama dibawah syarikat YTL Communications, iaitu Yes lancar pelan iPhone 15 dengan bayaran bulanan paling rendah iaitu bermula dari RM12 sebulan.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wing K Lee memaklumkan pelanggan juga tidak akan dikenakan sebarang wang pendahuluan untuk mendapatkan telefon bimbit tersebut.

Yes lancar pelan iPhone 15

Artikel lain: Apple Kenal Pasti Punca IPhone 15 Cepat Panas

Jelasnya, orang ramai boleh membuat tempahan peranti tersebut sejak semalam di laman webnya manakala untuk pembelian di kedai pula bermula hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebelum ini kami telah mendapat manfaat hasil kerjasama dengan peranti terkemuka seperti Samsung, Vivo, Oppo, ZTE dan Honor, namun satu jenama masih belum kami gapai.
“Hari ini menandakan titik perubahan untuk Yes 5G apabila kami dengan berbesar hati mengumumkan bahawa kami kini diperakui sepenuhnya sebagai Rakan Kongsi Terbaru Apple di Malaysia, berserta dengan pengeluaran iOS 17.1.
“iPhone baharu ini sudah semestinya layak mendapatkan rangkaian 5G terbaik di Malaysia, dan kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami akan menawarkan pelan iPhone paling berpatutan di Malaysia, kerana kami mengalu-alukan Apple menyertai barisan produk Yes 5G,” katanya.

Sementara itu, Wing K berpendapat syarikat telekomunikasi  (telco) tidak sepatutnya mengenakan sebarang caj tambahan kepada pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan 5G.

“Saya fikir kami seharusnya konsisten. Kami percaya bahawa (pengenalan) 5G menjadikan ‘padang permainan sama rata’ untuk semua rakyat Malaysia.
“Anda tidak sepatutnya menghukum pengguna dan mengenakan caj ekstra dan bayaran tambahan hanya untuk dapat menggunakan internet yang lebih baik.
“Di Yes,kami tidak mengenakan sebarang caj tambahan kepada pelanggan kami untuk menggunakan perkhidmatan 5G yang ditawarkan kami,” ujarnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Hazwan Faisal Mohamad)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd