Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Yana Najib Kecewa Bapa Tak Dapat Pengampunan Penuh & Dibebaskan Serta-Merta

Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Yana Najib meluahkan rasa kecewa apabila bapanya tidak mendapat pengampunan penuh, hari ini.

Nooryana Najib dalam sebuah hantaran di laman Instagramnya berkata, dia sekeluarga menghargai pengurangan hukuman Najib Razak daripada 12 tahun kepada 6 tahun yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan setelah pertimbangan pendapat dan nasihat.

Namun, Yana Najib yang juga Exco Pergerakan Puteri UMNO tetap kecewa kerana bapanya tidak mendapat pengampunna penuh.

“Kami berasa kecewa kerana Datuk Sri Najib tidak mendapat pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta.
“Datuk Sri Najib Razak dan keluarga kekal dengan pendirian dan yakin beliau tidak bersalah,”tulisnya dalam sebuah hantaran, hari ini.

Yana Najib kecewa

Artikel lain: Isu Pengampunan Najib Razak, Kenyataan Rasmi Dijangka Minggu Ini – Dr Zaliha

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, media melaporkan Najib bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028 selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-16 diumumkan hari ini.

Kata kenyataan itu, sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib telah dipertimbangkan oleh lembaga tersebut yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda AI-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

View this post on Instagram

A post shared by yananajib (@yananajib)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Najib Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar sebanyak RM50,000,000.00 dikurangkan daripada RM210,000,000.00.

Namun, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi beliau akan ditambah selama setahun dimana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.

Sumber: Instagram @yananajib

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan akan mengadakan perjumpaan bersama pihak Multiracial Reverted Muslims (MRM) bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang, susulan tindakan penguatkuasaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd