Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Waruga: Kutukan Ilmu Hitam Bakal Menemui Penonton Di Pawagam 15 Februari Ini!

Diinspirasikan daripada kepercayaan kaum kuno, Minahasa, Waruga: Kutukan Ilmu Hitam bakal menemui penonton di pawagam pada 15 Februari ini.

Pengarah filem, Azaromi Ghozali berkata idea penghasilan filem ini bermula selepas dia menemui penceritaan seorang penulis, Gawar Sawba’yah mengenai kepercayaan kuno itu.

“Pada ketika itu, saya mempunyai idea seram yang berkait dengan ilmu hitam dan pemujaan mayat yang secara tidak langsung berkait dengan kepercayaan Minahasa.
“Saya gabungkan kedua-dua idea ini maka terhasillah Waruga: Kutukan Ilmu Hitam. Filem ini menceritakan tentang ilmu hitam serta pemujaan untuk membangkitkan semua jasad orang yang telah mati.
“Saya memilih tajuk Waruga sebagai simbolik dan inspirasi kepada upacara kelahiran semula mengikut kepercayaan Minahasa,” katanya.

Dalam pada itu, Azaromi turut menyatakan bahawa dia membawa sedikit kelainan kepada filem tersebut dengan menimbulkan banyak konflik hubungan yang diperkuat dengan elemen seram.

Waruga: Kutukan Ilmu Hitam

“Untuk filem ini, saya menggunakan konsep ‘open ending’ supaya penonton boleh membayangkan sendiri apa kisah yang berlaku seterusnya.
“Apapun, saya ingin agar mereka yang menonton filem ini melihat dari sudut positif tentang mesej yang disampaikan.
“Misalnya segelintir yang masih terpedaya dengan tipu daya iblis sehingga melakukan perbuatan yang sesat dan salah di sisi agama,” ujarnya.

Sementara itu, Penerbit D’ Ayu Pictures iaitu Datuk Rosmarayu Mokhtar berkata, pihaknya tertarik untuk menerbitkan filem seram kerana ia merupakan antara satu genre kegemaran warga tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Filem The Experts Bakal Temui Penonton Tidak Lama Lagi

“Sebagai penerbit, pastinya saya berharap filem ini mendapat sambutan hangat penonton, terutama kepada penggemar filem seram.
“Dan buat masa sekarang, saya telah dilamar tiga syarikat pengedaran dari Indonesia bagi mengadakan tayangan serentak di sana.
“Filem Waruga juga bakal ditayangkan di negara Asean lain seperti Vietnam, Myanmar, Singapura, Brunei dan Filipina.
“Sekurang-kurangnya dengan kutipan memberangsangkan, mungkin filem ini nanti akan ada sambungan atau saya akan terus menghasilkan filem seram yang lain pula,” katanya.

Filem ini mengisahkan seorang penuntut ilmu perubatan tradisional iaitu Rewan yang tidak menerima kematian isterinya, maka dia memohon bantuan Mbah Usu Lijah untuk membangkitkan semula isterinya menggunakan ilmu kaum Mihanasa.

Menurut Mba Usu Lijah, ilmu itu hanya boleh digunakan oleh kaum Mihanasa dan sekiranya Rewan mahu menggunakannya dia perlu menunggu dalam beberapa tempoh masa.

Namun, disebabkan rasa tidak sabarnya dia bertindak membunuh Mba Usu Lijah dan menggunakan ilmu berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem ini bakal menampilkan barisan pelakon popular seperti Zaharil Adzim, Datin Elvina Mohamad dan dibintangi bersama Eriza Allya, Sahronizam Noor, Ustaz Dinie, Ruminah Sidek dan ramai lagi.

Peminat-peminat filem seram, jom ramai-ramai tonton Waruga: Kutukan Ilmu Hitam di pawagam berdekatan anda bermula 15 Februari ini!

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd