Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Wartawan Foto Palestin, Motaz Azaiza Dinobat Man Of The Year!

Wartawan foto Palestin, Motaz Azaiza dinobat sebagai Man of the Year atas keberaniannya merakam kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza.

Motaz Azaiza dinobat Man Of The Year

Memetik laporan majalah GQ edisi Timur Tengah, Motaz telah menjadi tokoh global dan simbol harapan bagi penduduk Gaza serta di seluruh dunia.

Perkongsiannya di media sosial menggambarkan kuasa digital dan sifat kemanusian yang menunjukkan keberanian muncul dalam pelbagai bentuk.

Artikel lain: Tawanan Israel Mahu Jadi Rakan Baik Pejuang Palestin Selepas Dibebaskan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Motaz mula dikenali selepas berkongsi berkenaan peristiwa 7 Oktober lalu di Gaza dan orang ramai menyifatkan tindakannya itu sebagai simbol keberanian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengarang GQ Middle East, Ahmad Swaid berkat,  mereka di GQ berbangga untuk memberikan gelaran itu kepada Motaz sebagai penghargaan kepada rakan wartawan yang lain.

“Kami di GQ Middle East dengan bangganya menobatkan Motaz sebagai Man of the Year.
“Pada masa yang sama, gelaran ini juga adalah sebagai penghargaan kepada wartawan lain seperti Plestia Alaqad, Hind Khoudary, Wael Al-Dahdouh, Issam Abdallah dan Shireen Abu Akleh.
“Tidak dilupakan nama-nama lain yang kita ketahui dan tidak diketahui,” katanya.

Wartawan berusia 24 tahun itu telah menjadi inspirasi kepada dunia kerana tidak kira latar belakang seorang individu itu, mereka mempunyai kuasa untuk melakukan perubahan.

Ahmad Swaid juga berkata, mereka di GQ Middle East akan terus mendoakan keselamatan wartawan itu bersama orang di sekelilingnya.

“Dengan sikap berani membongkar kebenaran di sebalik kuasa besar yang digeruni, kami mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Motaz,” ujarnya.

Sumber: GQ Middle East, Instagram Motaz Azaiza

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd