Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Warga Emas Bakar Pusat Jagaan, Tak Puas Hati Dihalang Keluar Dengan Teman Wanita

Warga Emas Bakar Pusat Jagaan

Seorang warga emas yang juga penghuni sebuah pusat jagaan di Kaki Bukit dipercayai membakar rumah perlindungan tersebut pada Khamis selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan penjaganya.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima makluman kejadian pada jam kira-kira 8.31 pagi melalui bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar menerusi talian MERS 999.

Warga Emas Bakar Pusat Jagaan

Menurutnya, pusat berkenaan menempatkan 20 warga emas dan kebakaran dipercayai bermula dari kawasan almari dapur sebelum merebak ke dewan utama.

“Kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan mencecah 50 peratus membabitkan kawasan dewan.
“Siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan ke Kangar untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran bersama teman wanitanya yang juga penghuni pusat tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Artikel lain: Tertekan Hidup Di Malaysia Punca Pelajar IPT Mengamuk Di Kajang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis turut membantu siasatan dan mengambil sampel berkaitan.

Bagaimanapun, katanya, jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Lokal

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal menggesa seorang pengguna media sosial supaya tampil mengemukakan bukti susulan tuduhan mengatakan peserta Global Sumud Flotilla...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd