Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tertekan Hidup Di Malaysia Punca Pelajar IPT Mengamuk Di Kajang

Kecewa dengan layanan semasa menuntut di universiti dan tertekan dengan kehidupan di Malaysia menjadi punca seorang wanita warga asing mengamuk sehingga mencederakan beberapa individu berhampiran sebuah pusat membeli-belah di Bandar Kajang, pada pagi Rabu.

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek yang merupakan pelajar sebuah universiti awam di Malaysia kini direman tujuh hari sehingga 20 Ogos bagi membantu siasatan.

tertekan

“Setakat ini, seramai 11 saksi termasuk mangsa telah diambil keterangan. Tiada rekod menunjukkan suspek berada di bawah pengaruh ubat atau mengalami kemurungan ketika kejadian, namun dia dilihat tertekan dengan masalah peribadi,” katanya.

Dalam insiden tersebut, dua mangsa yang dimasukkan ke hospital berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan.

Artikel lain: Wanita Ditahan Langgar Tiga Motosikal, Serang Orang Awam Dengan Senjata Tajam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, media melaporkan kejadian berlaku kira-kira jam 11.58 pagi apabila wanita berusia 24 tahun itu memandu kereta secara cuai sebelum melanggar tiga motosikal di persimpangan lampu isyarat.

tertekan

Suspek kemudian keluar dari kenderaan sambil memegang sebilah pisau dan menyerang orang awam di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanunu Keseksaan kerna cubaan membunuh, Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh, serta Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo! (Harrith Hisham)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, awal pagi tadi....

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd