Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Aksi Mesra Di Restoran, Wanita Tegur Pasangan Tiada Adab – “Peluk, Gosok Peha..”

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita yang dikenali sebagai Alia itu meluahkan rasa kurang senang apabila melihat aksi pasangan itu yang dikatakan terlalu berlebihan dan tidak manis untuk ditonton oleh orang awam.

Tegur tiada adab

wanita Tegur pasangan tiada adab

“Untuk couple yang ade kat Ahmad’s Setiawangsa around 11p.m. kalian ni sumpah takde adab kat tempat awam.
“Yang perempuan bukan main tudung labuh siap tutup dada, tapi kau bagi je pakwe peluk-peluk pinggang siap kejap-kejap gosok peha, peluk ketat-ketak sikit lagi nak kena tetek,” ciapan Alia di Threads.

Dalam pada itu, wanita itu berpendapat tindakan tersebut tidak mempunyai ‘common sense’ dan menjelaskan sebab mengapa tidak menegur pasangan itu secara terus tanpa perlu memuat naik di media sosial.

“Aku ni bawa anak, pelanggan lain juga ada yang bawa, Betul-betul takde common sense eh?
“Jangan cakap aku tak sound. Aku tnggu time je nak sound tapi anak aku tak duduk diam, dia yang kena sound dulu dengan aku pastu sesambil aku sound tuh aku cakap ‘Aayra duduk sekarang, friend takde lah. Friend dah balik! Friend pun sakit mata duk lama-lama kat kedai ni,” jelasnya.

Sementara itu, Alia memaklumkan ramai yang menghubunginya untuk melihat wajah pelaku tersebut tanpa ditapi namun dia enggan berbuat demikian demi menjaga privasi ddan dijadikan pengajaran buat orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Buat mereka yang nak tengok muka pelaku without censored dengan alasan konon tu ex partner korg (ramai jugak claim benda sama) harap maaf ye. Aku mmg takkan kongsi kat sesiapa.
“Cukup aku tegur kat sini dan takde nak tunjuk muka sapa-sapa, pengajaran jugak untuk yang lain supaya sentiasa beringat, ada mata-mata disekeliling yang memerhati. Belajar adab kat public dan belajar hormat orang sekeliling,” tambahnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, warganet mengecam tindakan tidak senonoh itu dan menasihatkan orang ramai untuk tampil berani menegur secara bersemuka tanpa perlu mengaibkan mana-mana pihak.

Malah ada juga wargamaya berpendapat biarpun mereka suami isteri tindakan itu tidak wajar dipertontonkan di khalayak ramai kerana dianggap tidak mempunyai adab dan membawa kepada pengaruh negatif.

Tolong tegur secara private

 Tiada common sense

Dah kahwin pun tak macam ni

Artikel lain: Isteri Tak Sangka Dicurangi Suami, Dakwa Pernah Tidur Sekatil Dengan Penyondol

Difahamkan, ramai yang menghubunginya meminta gambar tanpa ‘censored’ namun enggan berbuat demikian kerana mahu menjaga maruah pasangan tersebut.

Sumber: Threads aliaaa_azmn

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd