Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Ditahan Langgar Tiga Motosikal, Serang Orang Awam Dengan Senjata Tajam

Seorang wanita warga asing berusia 24 tahun diberkas polis selepas disyaki memandu secara berbahaya, melanggar tiga penunggang motosikal dan kemudian menyerang orang awam dengan pisau berhampiran sebuah pusat beli-belah, di Kajang pada pagi Rabu.

Wanita serang orang awam

Kejadian berlaku pada jam 11:58 pagi, mengakibatkan enam mangsa cedera akibat serangan secara tiba-tiba itu.

wanita

Foto: FB Mr J

Dalam kenyataan, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan daripada orang awam yang melihat tindakan agresif di kawasan lampu isyarat persimpangan jalan berhampiran pusat beli-belah berkenaan.

“Selepas melanggar penunggang motosikal, suspek keluar dari kenderaan dan menyerang orang awam berdekatan dengan bersenjatakan pisau. Hasil bantuan orang awam, wanita tersebut berjaya ditahan bersama dua bilah pisau sebelum diserahkan kepada pihak polis.
“Terdapat enam mangsa tempatan berusia 21 hingga 60 tahun cedera, dua daripadanya dimasukkan ke wad bagi pemeriksaan lanjut, manakala empat lagi dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.
wanita

Foto: TT aimnjmldn

Tiga motosikal dilaporkan rosak akibat pelanggaran itu.

Menurut Naazron, pihaknya akan memohon reman terhadap suspek esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian. Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Nursyaza Farhah Samhairi di talian 017-6919817.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, rakaman video kejadian itu tular di media sosial memaparkan suspek keluar dari kenderaannya sambil memegang pisau selepas terbabit dalam kemalangan, manakala beberapa penunggang motosikal kelihatan mengalami kecederaan.

wanita

Foto: TT aimnjmldn

Orang ramai dilihat cuba menahannya sebelum diserahkan kepada polis.

Sumber: Facebook @Polis Daerah Kajang

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Elya Maisara dalam sebuah majlis pada Sabtu di Johor Bahru, Johor. Sedondon tema matcha...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd