Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Wanita Dakwa Gaji Pemain KDA FC Tertunggak Sembilan Bulan

Kedah Darul Aman (KDA) FC dilaporkan masih belum menjelaskan gaji pemain-pemainnya selama sembilan bulan walaupun tahun 2024 akan melabuh tirainya beberapa hari lagi.

KDA FC

Foto: Kedah Darul Aman FC

Menurut laporan Sinar Harian, pendedahan tersebut dibuat oleh seorang wanita dipercayai isteri kepada pemain Kedah, Muhammad Irfan Zakaria iaitu Miza Izhar melalui hantaran di media sosial yang kemudiannya menjadi tular.

Miza mendakwa suaminya sudah tidak menerima gaji selama dalam tempoh tersebut selain meminta kelab tersebut ditutup jika sudah tidak mempunyai kewangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Threads mizaizhar

“Sampai bila Kedah FC ini nak berhutang dengan player (pemain)? Kalau tak ada duit, tutup sahajalah.
“Tak rasa berdosa ke aniaya orang? Player (pemain) ada anak bini (isteri) nak tanggung ada komitmen lain,” tulis Miza di platform Threads baru-baru ini.

Dia menegaskan bahawa tunggakan gaji tersebut sudah mencecah sembilan bulan.

Difahamkan, isu kewangan bukan perkara baharu bagi pasukan Sang Kenari apabila sebelum ini pemain pernah memboikot latihan dan enggan bermain walaupun telah disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Artikel lain: Farid Kamil Berminat Untuk Bantu KDA FC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun berhadapan dengan masalah kewangan, KDA FC masih menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila berjaya menewaskan Penang FC 1-0 dalam derby utara di Alor Setar, 18 Disember lalu.

Pasukan ini kini berada di kedudukan kesembilan Liga Super dengan mengumpul 17 mata selepas 16 perlawanan.

KDA FC juga telah melayakkan diri ke separuh akhir MFL Challenge Cup dan akan bertemu PDRM FC pada 18 Januari di Selayang untuk aksi pertama manakala perlawanan timbal balik akan berlangsung pada 1 Februari di Alor Setar.

Sumber: Sinar Harian (Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd