Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wanita Amuk Robohkan Pagar, Dakwa Jiran Curi Tanah

Baru-baru ini, kecoh di media sosial memaparkan seorang wanita bertindak robohkan pagar sebuah rumah telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Yusri Ram di laman TikToknya, kejadian itu dipercayai berlaku di negara jiran, Indonesia.

Wanita robohkan pagar

@yusriram71

baru sampai udah panas aja #bagi tanah #tidakadil meletakkan #pagar bukan di tempat yang bentuk #mencuri tanah #fyp #mengamuk #marah

♬ suara asli – Yusri Ram – Yusri Ram

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Teman Wanita Hamil Anak Orang Lain, Lelaki Rayu Jadi ‘Pak Sanggup’

Dalam hantaran tersebut, wanita yang memakai jubah bertindak agresif dengan merobohkan pagar kayu sambil meluahkan rasa kekecewaannya.

Difahamkan, pemilik rumah terbabit didakwa membina pagar melebihi daripada had tanahnya sendiri sehingga mengundang kemarahan wanita tersebut.

Sepatutnya guna khidmat juruukur, ukur semula sempadan tanah

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi cadangan supaya penduduk berkenaan membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk memeriksa sempadan tanah masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka boleh menggunakan khidmat juruukur untuk mengukur kembali sempadan tanah bagi menggelakkan mengambil hak orang lain tanpa sengaja.

Jangan bertindak ikut emosi

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen menitipkan nasihat supaya wanita tersebut tidak berkelakuan mengikut emosi memandangkan isu tersebut boleh diselesaikan dengan cara yang baik.

Sumber: TikTok @Yusri Ram

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Lokal

Krisis melibatkan institusi adat di Negeri Sembilan dilihat terus memuncak apabila kediaman rasmi serta Balai Undang Luak Rembau diarahkan dikosongkan berkuat kuasa serta-merta. Tular...

Dunia

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas syarikat teknologi Gojek, Nadiem Makarim, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah oleh sebuah...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd