Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wahab Trauma & Tertekan, Buat Laporan Polis Mahu Bersihkan Nama

Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani memaklumkan yang dia kini tertekan dan trauma atas apa yang telah berlaku sebelum ini.

Mahu bersihkan nama

Memetik laporan dari Malaysia Gazette, Wahab telah menemui media buat kali pertama setelah sidang media yang berlangsung di  sebuah hotel di Bangi pada 17 November 2023 kelmarin dengan menjawab soalan para wartawan secara ringkas.

“Saya tertekan dan trauma. Saya nak bersihkan nama dan tuntut keadilan,” ujarnya.

Kredit: Utusan Malaysia

Wahab trauma, tak pasti status di J-KOM

Dia yang bertemu media bersama peguamnya Faizal Abd Rahman baru selesai memberikan keterangan selama lima jam di Ibu Pejabat Daerah Kajang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Wahab juga memaklumkan yang dia tidak pasti statusnya di dalam J-KOM buat masa ini selepas kejadian penularan perbualan video bersama  bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus  Yusoff.

“Saya tak pasti lagi status jawatan di sana (J-KOM),” katanya.

Kredit: Malaysia Gazette

Wahab mengaku jadi kambing hitam hingga trauma

Wahab yang membuat laporan polis bagi membersihkan namanya telah viral sebelum ini apabila video perbualan berunsurkan lucah  yang berdurasi tiga minit bersama Mohammad Agus tersebar di media sosial.

Susulan daripada itu, Mohammad Agus telah meletak jawatan serta merta sebagai Ketua Pengarah J-KOM dan menafikan sekerasnya berkenaan perbualan video tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit: Harian Metro

Beliau mendakwa bahawa rakaman terbabit telah disunting individu tidak bertanggungjawab dengan tujuan menjatuhkan reputasinya.

Manakala, Wahab yang turut berada dalam sidang media terbabit menyatakan yang dirinya menjadi ‘kambing hitam’ seseorang dikenali sebagai Mr. H untuk menjatuhkan Mohammad Agus.

Sumber: Malaysia Gazette (Kumara Sabapatty)

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika turun...

Lokal

Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB), pengendali sah rangkaian jalan raya Genting Highlands, akan melaksanakan caj jalan raya secara berfasa bermula 28 Mei dan 28...

Lokal

Seorang banduan yang dijangka dibebaskan bulan depan terpaksa menyambung hukuman penjara selepas dijatuhi hukuman tambahan oleh Mahkamah Sesyen di Parit Raja, hari ini, kerana...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd