Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Usir Warga Israel? Ahli Kongres AS Bantah Kenyataan PM Anwar, Gesa Nilai Semula Hubungan Dengan Malaysia

Lapan ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) menggesa Washington menilai semula hubungan keselamatan dan ekonomi dengan Malaysia, termasuk mempertimbangkan penggantungan pembiayaan latihan ketenteraan susulan pendirian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pengusiran mana-mana rakyat Israel yang dikesan berada di negara ini.

Gesaan itu dikemukakan menerusi sepucuk surat bertarikh 21 Julai kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, yang mendakwa pendirian Malaysia terhadap Israel menimbulkan kebimbangan.

Surat berkenaan diketuai Ahli Dewan Perwakilan dari Ohio, Greg Landsman bersama tujuh lagi ahli Kongres iaitu Josh Gottheimer, Jimmy Panetta, Dan Goldman, Debbie Wasserman Schultz, Jared Moskowitz, Brad Sherman dan Jake Auchincloss.

Mereka turut menggesa Jabatan Negara AS mempertimbangkan penggantungan pembiayaan di bawah program International Military Education and Training (IMET) sekiranya Malaysia tidak mengubah dasar yang didakwa menyasarkan rakyat Israel dalam tempoh 15 hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Adalah sama sekali tidak boleh diterima apabila seorang ketua kerajaan secara terbuka menyatakan bahawa negaranya akan memburu dan mengusir rakyat sebuah negara sekutu rapat kami hanya berdasarkan kewarganegaraan mereka.
“Perkara ini tidak sepatutnya dibiayai oleh pembayar cukai Amerika,” katanya.

Dalam surat itu, mereka turut membangkitkan bantuan keselamatan AS kepada Malaysia melalui program IMET yang membiayai latihan profesional anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain itu, mereka mendakwa anggota Hamas pernah menjalani latihan di Malaysia berdasarkan laporan sebuah institut penyelidikan anti-keganasan Israel, selain menuduh Putrajaya mengalu-alukan kumpulan pengganas sambil menyasarkan rakyat Israel.

Sehubungan itu, mereka menggesa Jabatan Negara AS menggunakan saluran diplomatik bagi menjelaskan bahawa bantuan serta sokongan Washington kepada Malaysia perlu disertai jangkaan supaya negara ini tidak mengambil tindakan terhadap rakyat sebuah negara sekutu rapat AS.

“Kami menggesa anda menggunakan setiap saluran yang ada untuk menjelaskan bahawa tindakan ini memberi kesan,” kata mereka.

Pada 15 Julai lalu, Anwar menegaskan mana-mana rakyat Israel yang dikesan berada di Malaysia akan diusir serta-merta kerana negara ini tidak mengiktiraf Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan siasatan menyeluruh telah dimulakan berhubung operasi Network School di Forest City, Johor, termasuk meneliti identiti serta status kewarganegaraan individu yang didakwa terbabit.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan pemegang pasport negara itu secara amnya tidak dibenarkan memasuki negara ini tanpa kelulusan khas.

Semalam, media melaporkan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) membatalkan lesen perniagaan Network School serta mengarahkan semua aktivitinya di Forest City dihentikan berkuat kuasa hari ini.

Sumber: FB Rep. Greg Landsman

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd