Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Uniform baru Malaysia Airlines Bercorak Songket Untuk AeroDarat Service

Malaysia Aviation Group (MAG) baru-baru ini telah memperkenalkan uniform baru Malaysia Airlines untuk kakitangan darat Perkhidmatan AeroDarat (ADS) menggabungkan reka bentuk moden dengan warisan Malaysia. 

Dirasmikan oleh Permaisuri Selangor

Menerusi laman web Malaysia Airlines, majlis pelancaran uniform berkenaan telah diadakan di Terminal 1 KLIA dan disempurnakan dengan kehadiran Duli Yang Teramat Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Uniform baru Malaysia Airlines merangkumi tiga sut

Rangkaian seragam baharu in  direka untuk lebih versatil dan selesa merangkumi tiga helai sut dengan pilihan skirt atau seluar untuk wanita.

Uniform baru Malaysia Airlines nampak semakin elegan

Apa yang mencuri tumpuan sudah tentu ciri khas yang ditonjolkan iaitu blazer berwarna biru laut klasik dengan corak songket yang elegan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pakaian seragam darat ADS yang baharu melambangkan komitmen kami terhadap profesionalisme dan kesaksamaan, di samping menghargai semangat dan budaya Malaysia dengan penyertaan motif songket yang tertanam dalam reka bentuk.
Ia juga meraikan bakat dalaman kami, kerana pakaian seragam itu direka khas oleh minda muda kreatif dalam MAG, merangkum perpaduan dan kreativiti yang akan memacu organisasi kami ke hadapan,” kata Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail.

https://www.facebook.com/malaysiaairlines/videos/1055967209002664/

Artikel lain: MAS Sambut Ketibaan Pesawat Baru Di KLIA, Boeing 737-8 Dihiasi Corak Songket

Selain itu, pelancaran MAG juga turut memperkenalkan beg tangan dan clutches yang dihasilkan daripada pakaian seragam kebaya kitar semula, menandakan satu langkah ke arah amalan mampan dan menghormati sejarah organisasi.

Sumber: malaysiaairlines, Facebook Malaysia Airlines

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Seorang suami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selepas isterinya yang hamil tujuh bulan dan anak sulung mereka cedera dalam kemalangan membabitkan...

Sukan

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk meraih pingat emas Sukan Komanwel selepas muncul juara acara keirin...

Sosial

Nama Pak Su Tomoi sekali lagi menjadi perhatian sempena perhimpunan RXZ Members apabila kisah kesetiaannya menghadiri acara itu sejak edisi pertama tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd