Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MAS Sambut Ketibaan Pesawat Baru Di KLIA, Boeing 737-8 Dihiasi Corak Songket

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAS) memaklumkan menyambut kedatangan pesawat baharu jenis Boeing 737-8  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Hal ini dinyatakan dinyatakan sendiri menerusi video yang dikongsi di laman Facebook Malaysia Airlines dengan kapsyen mengucapkan selamat datang.

“Boeing 737-8 baharu. Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,” tulisnya

https://www.facebook.com/watch/?v=1005200420587072

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan,  pesawat Boeing Airplanes ini datang dengan reka bentuk dan teknologi yang baru termasuklah lebih selesa serta  moden.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi laman X Boeing Airplanes dengan memaklumkan yang terdapat hiasan serta corak motif songket. Ujar mereka, ia merupakan satu penghormatan kepada negara diatas warisan yang berbilang budaya.

“Malaysia Airlines menerima pesawat 737-8 pertamanya hari ini, dihiasi dengan livery baharu yang menarik dan motif songket. Satu penghormatan kepada negara yang berbilang warisan budaya,” tulisnya.

Terdahulu, Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam satu kenyataan mengumumkan bakal melancarkan pesawat baharu mereka, Boeing 737-8.

Pesawat yang dinanti-nantikan itu bakal menunjukka pelbagai peningkatan ciri-ciri yang terdapat dalam sebahagian penerbangan Malaysia.

Sumber: Facebook Malaysia Airlines, X Boeing Airplanes

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd