Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

UNGA Isytihar 21 Mac Setiap Tahun Sebagai Hari Hutan Antarabangsa

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (The United Nations General Assembly – UNGA) telah mengisytiharkan tarikh 21 Mac setiap tahun sebagai Hari Hutan Antarabangsa (International Day of Forests).

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Hari Hutan Antarabangsa ini disambut untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan hutan, pemeliharaan dan pemuliharaannya.

Foto: Malay Mail

“Hutan yang menyediakan habitat, makanan dan perlindungan serta sumber bekalan air dan udara bersih untuk manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan merupakan aset semulajadi negara yang amat bernilai.
“Hutan perlu dipelihara dan dipulihara bagi meningkatkan ketahanan ekosistem yang semakin terancam serta membantu dalam mengurangkan kesan perubahan iklim,” katanya dalam satu perutusan.

Sementara itu, tema sambutan tahun ini adalah Hutan dan Inovasi (Forests and Innovation) yang memberi penekanan terhadap kepentingan inovasi dalam sektor perhutanan sebagai penyelesaian baharu untuk kelestarian alam dan dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Inovasi dalam sektor perhutanan merupakan elemen penting dalam mendepani cabaran alam sekitar global dan keperluan dalam memelihara hutan untuk generasi akan datang melalui gabungan sains dan teknologi serta penglibatan masyarakat.

“Pelbagai usaha dan inovasi telah dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

UNGA isytihar Hari Hutan Antarabangsa 21 Mac setiap tahun

Foto: Jabatan Perhutanan Negeri Johor

“Pelaksaan ini juga membantu sektor perhutanan di negara ini berkembang dan sentiasa relevan mengikut peredaran masa.
“Hasil inovasi dapat menambah baik pelaksanaan amalan pengurusan hutan secara berkekalan serta membantu organisasi dalam membuat keputusan dengan cekap, tepat dan berkesan,” ujarnya.

Antara inovasi yang digunakan ialah satelit, dron dan Sistem Maklumat Geografi yang dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti pemantauan sumber hutan negara dalam mengesan sebarang perubahan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Artikel lain: Tiada Kompromi Terhadap Pihak Cetuskan Polemik Perkauman – Menteri Perpaduan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Antara perkara yang boleh menyebabkan perubahan ialah aktiviti pencerobohan dan penerokaan hutan, pembalakan haram, perubahan litupan hutan dan insiden kebakaran hutan.
“Sehubungan dengan itu, JPSM telah menubuhkan sebuah bilik gerakan yang menjadi pusat sehenti dan menggunakan sistem seperti e-Geospatial Perhutanan (e-GP), Forest Monitoring Using Remote Sensing (FMRS Plus) dan Forest Fire Big Data Analytics (BDA) bagi tujuan pemantauan kawasan berhutan Semenanjung Malaysia.
“Manakala Jabatan Perhutanan Sabah dengan Kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah membangunkan sistem iForSabah bagi aktiviti pemantuan hutan di Wilayah Sabah,” jelasnya.

Jabatan Hutan Sarawak pula telah membangunkan sistem Continuous Monitoring of Surveillance (COMOS) yang menggabungkan analisa imej satelit dan mengesahkan titik koordinat.

Sistem ini menggunakan pesawat yang dilengkapi sistem cerapan udara hiperspektral bagi membantu tindakan penguatkuasaan dan pemantauan sumber asli negara di Wilayah Sarawak.

“Bersempena dengan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2024, saya berharap agar setiap rakyat Malaysia dapat bersama-sama berusaha mengekalkan bumi Malaysia dengan kehijauan hutan yang kaya dengan kepelbagaian biologi demi kesejahteraan hidup generasi akan datang.
“Penggunaan teknologi terkini dan kesedaran terhadap kepentingan inovasi dalam mencari penyelesaian baharu demi memelihara dan memulihara khazanah hutan negara hendaklah terus diperkukuh dalam mengekalkan kelestarian alam,” katanya.

Kerajaan akan terus komited mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan hutan selaras dengan komitmen negara semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada 1992.

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Filem

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie telah mengarahkan filem pertama berjudul Rebel selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd