Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Umie Tak Perlu Cari Saya, Tolong Halalkan Makan Minum & Ilmu” – Remaja Hilang Selepas Tinggalkan Nota

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Rimba di sini sejak 23 Jun lalu, dipercayai meninggalkan sekeping nota yang menyentuh hati buat ibunya.

Dalam nota itu, Muhammad Shazriq Ziqri Abdullah menulis, “Tolong halalkan makan minum saya dan ilmu yang umie beri.”

Menerusi catatan sama, remaja berkenaan turut membuat permohonan maaf kepada ibunya sebelum dilaporkan menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu pada 24 Jun lalu selepas ibunya gagal mengesan keberadaan anaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mangsa dipercayai telah keluar rumah kira-kira jam 6.45 pagi.
“Polis telah membuka kertas siasatan sebagai Orang Hilang,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, siasatan sedang giat dijalankan dengan mengambil kira semua kenalan mangsa serta lokasi yang pernah dikunjunginya bagi membantu mengesan keberadaannya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Muhammad Shazriq Ziqri Abdullah diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Razi Sahari di talian 019-5717076.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd