Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kolumnis

UM Dan Pelajar VI Mengitar Semula Demi Masa Hadapan Yang Lestari

Dalam usaha memperkukuhkan kesedaran alam sekitar dan pengurusan sisa yang betul di kalangan pelajar sekolah, sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) telah berkolaborasi dengan Pusat Jalinan Masyarakat UM (UMCares) dan DIALOG ESECO Sdn. Bhd untuk mengadakan program pembangunan insan berkaitan ilmu dan kemahiran mengitar semula yang betul.

Program yang dinamai “Asimilasi Pengurusan Sisa yang Betul, Habit Kitar Semula, dan Kitar Tinggi dalam Kalangan Komuniti Sekolah Menengah” ini telah melibatkan beberapa sekolah di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Terkini, program inovatif yang julung kali diadakan ini telah dilaksanakan bersama murid-murid di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

Secara khususnya, program ini berusaha untuk membudayakan tabiat pengurusan sisa yang betul dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Ia juga memberi tumpuan kepada pengurangan penggunaan plastik, bagi membantu negara mencapai tahap 40 peratus pengitaran semula menjelang tahun 2025, dan mencapai status negara neutral karbon pada tahun 2050.

Menurut Dr. Asbah Razali, Ketua Penyelidik program ini, “Kami ingin memberi pendedahan dan kesedaran awal kepada para pelajar berkaitan dengan amalan pengurusan sisa dan kitar semula yang betul. Kami percaya bahawa membudayakan kesedaran ini dalam kalangan generasi muda adalah kunci untuk masa depan yang lebih lestari.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Program ini menyaksikan penyertaan seramai 130 orang pelajar dari Victoria Institution, termasuk pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Selama program ini, pelajar diberi peluang untuk memahami amalan pengurusan sisa yang betul melalui pelbagai aktiviti yang menarik. Salah satu perkara menarik dalam program ini adalah seminar pendidikan oleh Pengarah Eksekutif DIALOG ESECO Sdn. Bhd, Dr. S. Sri Umeswara. Seminar ini memberi pelajar pendedahan awal berkaitan dengan pengurusan sisa dan ekonomi kitaran.

Dr. Rosya Izyanie Shamshudeen, salah seorang ahli kumpulan penyelidik UM berkata, “Kami ingin mengukuhkan kesedaran pelajar terhadap pengurangan penggunaan plastik, yang akan membantu mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau di Malaysia. Ini adalah langkah penting menuju negara yang berdaya maju secara lestari.”

Selain daripada seminar, aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan dalam program ini termasuk pengumpulan data melalui soal selidik yang melibatkan pengetahuan, sikap, dan persepsi pelajar terhadap pengurusan sisa dan usaha kitar semula yang betul. Para pelajar juga berpeluang mengikuti eksperimen sains dan kimia di makmal sekolah, termasuk eksperimen kitar semula kertas dan plastik. Kemuncak program adalah pengumpulan bahan buangan ke dalam trak khusus yang disediakan oleh pihak DIALOG ESECO Sdn. Bhd. Untuk program di Victoria Institution, para pelajar telah berjaya mengumpulkan sebanyak 326 kilogram bahan buangan kitar semula, dan jumlah ini adalah bersamaan dengan pengurangan penghasilan karbon dioksida sebanyak 960.9 kilogram.

Dr. S. Sri Umeswara, Pengarah Eksekutif DIALOG ESECO Sdn. Bhd., berkongsi pandangan, “Kami melihat program ini sebagai satu langkah penting dalam memupuk kesedaran generasi muda tentang masalah pencemaran dan keperluan untuk mengamalkan pengurusan sisa yang betul.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Program “Asimilasi Pengurusan Sisa yang Betul” juga mempunyai matlamat jangka panjang untuk membentuk budaya yang berterusan dalam kalangan pelajar. Dr. Asbah Razali menegaskan, “Kami berharap program ini dapat menjadi satu budaya yang berterusan, seterusnya memberikan impak positif dalam diri pelajar untuk tabiat pengurusan sisa yang betul.”

Kerjasama di antara pihak sekolah dan UM dalam program ini adalah satu contoh kerjasama yang mempunyai kesan positif dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar. Ia adalah langkah penting dalam memastikan para pelajar lebih cakna terhadap kepentingan kesejahteraan alam sekitar pada masa hadapan.

Avatar
Ditulis oleh Dr. Asbah Razali

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati dengan menghubungi Dr. Asbah Razali melalui emel di [email protected]

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd