Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lolos Ke Luar Negara, Polis Minta Bantuan Interpol Kesan Pengasas EHati & Suami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan pengasas program motivasi rumah tangga eHati bersama suaminya yang dipercayai masih berada di luar negara.

Percaya 2 suspek masih berada di luar Malaysia

Memetik laporan Bernama Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menyatakan usaha itu penting bagi memastikan kedua-dua suspek dapat ditahan sebaik dikesan di mana-mana negara terlibat.

“Kita percaya dua suspek masih berada di luar Malaysia dan tindakan sewajarnya telah diambil pihak polis untuk memastikan jika (mereka) dikesan di negara-negara berkaitan, tangkapan dapat dilakukan,” katanya.

Pasangan dipercayai melarikan diri

Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Kontinjen Selangor.

Menurutnya, pasangan tersebut dipercayai melarikan diri ke luar negara sehari sebelum pertuduhan dibuat di mahkamah pada 14 November tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika itu, mereka dilaporkan berada di sebuah negara Asia Tenggara dan sehingga kini masih belum dapat dikesan pihak berkuasa.

Sumber: Bernama 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd