Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Turkiye Berkabung 3 Hari, Beri Penghormatan Kepada Para Syuhada Di Palestin

Negara Turkiye berkabung 3 hari sebagai satu bentuk penghormatan ke atas rakyat Palestin yang terkorban dalam serangan dari pihak Israel.

Sebagai penghormatan kepada yang terkorban

Memetik laporan dari Reuters, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang megisytiharkan berkabung peringkat nasional itu memaklumkan tindakan tersebut sebagai satu bentuk penghormatan di atas ribuan syuhada yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak serta orang awam.

“Di Turkiye, kami merasakan penderitaan hebat saudara dan saudari Palestin di dalam hati kami,” katanya.

isytihar berkabung

Mesir juga isytihar berkabung

Terdahulu, Mesir juga melakukan tindakan sama dengan berkabung selama tiga hari susulan serangan yang dilakukan pihak Israel terhadap Hospital l Al-Ahli al-Arabi di Gaza.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 500 nyawa terkorban dalam serangan tersebut  dan 342 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

isytihar berkabung

Artikel lain: Insiden Hospital Diletupkan: Russia & UAE Gesa Mesyuarat Tergempar Majlis Keselamatan PBB

Walau bagaimanapun, Israel menafikan dakwaan bertanggungjawab melancarkan serangan udara itu dan menuduh roket berkenaan adalah dari pihak Hamas.

Serangan terbabit merupakan insiden paling berdarah di Gaza sejak Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti terhadap wilayah berpenduduk padat susulan tindak balas terhadap serangan Hamas merentas sempadan ke selatan Israel pada 7 Oktober.

Sumber: Reutes

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd