Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tular Video Tafsir Ayat Al-Quran, Howard Lee Buat Permohonan Maaf

Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How akhirnya permohonan maaf kepada semua pihak berhubung video tindakannya memetik tafsir ayat al-Quran, baru-baru ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Howard berharap permohonan maaf secara terbuka itu dapat menghentikan ketegangan dan ancaman yang diterimanya susulan penularan video berkenaan di media sosial.

Sudah rujuk orang alim

Menurut beliau, pihaknya sudah merujuk kepada pihak yang arif termasuk agamawan terlebih dahulu sebelum memetik ayat 59 surah an-Nisa itu.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tuduhan bahawa saya mentafsir, saya tidak tafsir, saya hanya memetik menggunakan ayat itu dan itu pun atas cadangan pihak alim.
“Segala yang saya ulaskan bukan sahaja berkaitan agama Islam tetapi mana-mana topik yang bukan kepakaran bukanlah saya buat kajian sendiri sebaliknya saya bertalaqi dan bermuzakarah dengan beberapa orang ustaz, baru saya berani untuk menyuarakan, mengulas dan merakam dalam bentuk video.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf atas segala kesulitan yang telah wujud dan memohon maaf bagi semua pihak termasuk…
“…rakan-rakan daripada Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang telah memetik ayat-ayat suci al-Quran dalam konteks politik,” katanya.

Terima pendapat Asyraf Wajdi

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP turut menghargai cadangan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki agar tidak mengulang lagi perbuatan yang sama dalam memberi pandangan berhubung hal berkaitan politik.

Foto: BERNAMA

“Permohonan maaf ini bukanlah saranan daripada kempimpinan kerana ramai kempimpinan Pakatan Harapan (PH) telah menyuarakan pandangan mereka dan telah menunjukkan solidariti dengan kenyataan mereka.
“Ada cadangan seperti yang dikeluarkan Asyraf Wajdi yang meminta saya untuk jangan mengulangi kesilapan tersebut demi mengelak fitnah kepada saya dan agama.
“Kesilapan ini tidak semestinya apa yang saya cakap itu salah, tetapi tindakan ini membawa sedikit kegusaran kepada semua pihak,” ujarnya.

Sebelum ini, tular di TikTok video Howard memetik potongan ayat suci al-Quran untuk menggesa umat Islam menyokong Kerajaan Perpaduan.

Sumber: Sinar Harian (Noor Ainon Mohamed)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Iffa Sabrina
Ditulis oleh Iffa Sabrina

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Sosial

Tindakan tiga sekawan yang menjemput seorang pengawal keselamatan makan bersama mereka di sebuah restoran telah berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd